BTC USD 81,366.8 Gold USD 4,350.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

al-Quran disaksikan atau diriwayatkan?

Al-Quran itu...


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
dok discuss saja melayan perintah berkurung, persediaan.. :eek:
Justeru.... saya mengajak rakan2 CG agar tidak meneruskan diskusi ini jika ilmu di dada tidak cukup kuat untuk membicarakan topik ini....
Yang empunya thread ini pun tidak mahu berdiskusi ilmiah dengan Tokoh Agama & Ilmuwan Islam....
pada hemat saya......pastinya ada sesuatu yang yang tidak elok dalam perancangannya, yg mana hanya Allah yg Maha Mengetahui.....
semoga iman & akidah kita semua terpelihar & sentiasa berada dalam naungan Nya.... aamiin....
 
Aku heran la die ni.. Klau yakin sgt fakta2 kau yg yakin sgt relevannye.. Knape tak buat debat dgn Ulama2 majlis fatwa Malaysia.. Ataupun ngn Uai ke, TGNA ke... Knpe nk racun pmikiran kami yg iman xda la kuat pun dlm forum ni... Takut ek.... :))

misi beliau adalah nak dapatkan cg top poster punya paku la :D
 
dah tak boleh. semua dah tidur, mmg tidur awal.. :D

maka, silakan tido awal juga. blh bangun solat tahajjud@solat malam esok pagi. ada dalil dalam surah al-muzammil bkenaan solat tahajjud@solat malam ni :D
 
maka, silakan tido awal juga. blh bangun solat tahajjud@solat malam esok pagi. ada dalil dalam surah al-muzammil bkenaan solat tahajjud@solat malam ni :D

so.. nko rasa al-Quran telah diubahker melalui periwayatan? :D
 
Hukum menyembunyikan kebenaran pada amalan Ahli Kitab Zaman Moden

menarik artikel ni untuk renungan orang yang suka mempermainkan agamanya....
especially kepada yang tahu agama dan sejarah
tetapi menyembunyikan kebenarannya. :))
-----------------------------------

Isi Perbincangan:

Sikap buruk ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani yang menyembunyikan kebenaran.


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat
dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan)
maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka
dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Baqarah: 159-160)

Sebab turun ayat

Ayat ini diturunkan disebabkan sikap ahlul kitab yang menyembunyi kebenaran yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Ketika mereka ditanya mengenai kedatangan Nabi Muhamad s.a.w., mereka tidak mahu menyebutkannya, padahal di dalam kitab-kitab mereka dengan jelas ada menyatakan mengenainya. Ini adalah disebabkan rasa dengki dan benci.

Ibnu Abbas menyatakan bahawasanya Muaz bin Jabal bersama beberapa sahabat bertanya kepada sekelompok pendeta Yahudi tentang beberapa perkara yang terdapat di dalam Taurat. Pendeta ini tidak mahu menerangkannya kepada orang-orang yang bertanya.
Dengan perbuatan pendeta Yahudi ini, lalu Allah menurunkan:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah..

Pengajaran dan Hukum

Orang-orang Yahudi dengan Tauratnya dan Nasrani dengan Injilnya, mereka ini memanglah bersikap tidak mahu menjelaskan isi sebenar kandungan kitab masing-masing. Terutamanya mengenai sifat-sifat dan identiti Nabi akhir zaman. Apabila ada orang bertanya, mereka akan menyembunyikannya.

Memang, di dalam kitab asal mereka samada Taurat mahupun Injil ada menyebutkan tentang kebangkitan nabi akhir zaman dan disertakan sekali sifat-sifatnya. Dan sifat-sifat itu ada selengkapnya pada Nabi kita Muhamad s.a.w. Mereka ini dengki dan takutkan pada bayang-bayang sendiri. Mereka pada hakikatnya tahu dan mengenal benar-benar bahawa Muhamad adalah nabi akhir zaman, tetapi mereka dengan angkuh dan sombong menafikan kebenaran ini. Ada sebahagiannya merasa kecewa kerana nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka.

Begitulah jahatnya pendita-pendita Yahudi dan Nasrani.

Tidak cukup setakat itu, mereka menyembunyikan juga beberapa syariat yang diturunkan kepada mereka. Antaranya ialah mereka menyembunyikan mengenai hukum rajam bagi penzina.

Kejahatan pendeta Yahudi dan Nasrani ini bertambah-tambah lagi dengan tidakan mereka mengubah perkataan-perkataan yang ada dalam kitab mereka serta menafsirkankanya berdasarkan hawa nafsu mereka.

Lalu Allah membuka pekong di dada mereka dengan menurunkan ayat di atas.

Jelaslah sekarang, Taurat dan Injil (Bible) yang ada sekarang ini bukanlah kitab yang asli. Ia adalah hasil ciptaan para pendeta mereka.

Mengapa mereka merubahnya?

1. Kerana sifat jahat dan dengki yang membara di dada mereka. Padahal mereka kenal siapa itu Muhamad melalui kitab-kitab yang asli.
2. Mereka merubahnya kerana mahu memenuhi selera dan nafsu.
3. Mereka merubahnya kerana isis ajaran agama itu tidak dapat berhadapan dengan kehendak dan perubahan zaman.

Pada hakikatnya, para penganut Yahudi dan Nasrani telah tertipu dengan keilcikan para pendeta mereka.

Kita sedih dengan perkembangan yang berlaku di mana sebahagian dari umat Islam Melayu yang terjebak dengan tipu daya para pendeta Kristian. Satu agama yang sudah tidak diterima oleh barat.

Ketika masyarakat barat berebut-rebut menjadi athies/mulhid kerana kebatilan-kebatilan yang ada dalam ajaran Kristian, samada dari sudut logik akal dan naluri kemanusiaan, sebahagian masyarakat di Asia ini boleh merelakan diri untuk ditipu dengan seribu satu macam khurafat dan kekarutan.

Masyarakat barat, tindakan mereka meninggalkan agama itu adalah tindakan yang bijak. Kerana akal manusia yang sejahtera tidak dapat menerima ajaran agama itu. Tetapi, amat disayangkan sekali kerana sebahagian mereka tidak memilih Islam sebagai pegangan.
Sebahagian dari kita di sini, tindakan mereka keluar dari Islam dengan memilih Kristian sebagai agama adalah satu tindakan bod0h. Kerana memilih agama yang penuh dengan bumbu-bumbu tipu daya dan khayalan sahaja.

-------------------------------

Siapa pula PEWARIS Ahli Kitab di dalam al-Quran pada zaman ini?

Ahli Kitab zaman moden?

Bagaimana pula kepada mereka yang menafikan kebenaran dan kesahihan al-Quran?

dan sesudah Allah menerangkan ayat di bawah?

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran
dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

[Al-Hijr. Ayat 009]
 
Last edited:
kepada encik Pubin yg dirahmati Allah. saya faham apa yg encik Pubin cuba nak sampaikan. cuma apa yg saya nak komen disini, encik Pubin perlulah melontarkan & menjawab setiap persoalan dgn penuh berhemah..

sy perasan ada unsur2 "menyindir" drpd segelintir tulisan2 encik pubin..

Semoga encik pubin tergolong drpd hamba2 Allah yg IKHLAS dalam menyebarkan agama Allah..amin~
 
kepada encik Pubin yg dirahmati Allah. saya faham apa yg encik Pubin cuba nak sampaikan. cuma apa yg saya nak komen disini, encik Pubin perlulah melontarkan & menjawab setiap persoalan dgn penuh berhemah..

sy perasan ada unsur2 "menyindir" drpd segelintir tulisan2 encik pubin..

Semoga encik pubin tergolong drpd hamba2 Allah yg IKHLAS dalam menyebarkan agama Allah..amin~

Terima kasih atas nasihat...

keseimbangan untuk menyombong
adalah kepada orang yang sangat menyombong

keseimbangn untuk kekejian
adalah kepada orang yang sangat keji...

keseimbangan untuk berhemah
adalah kepada orang yang berhemah..

Namun itu, saya juga merasakan nasihat Tuan ini tidak seimbang
dan hanya melihat kepada satu pihak..
mana mungkin sesuatu yang tidak seimbang itu boleh menjadi sesuatu yang "adil"? :D
 
Last edited:
Terima kasih atas nasihat...

keseimbangan untuk menyombong
adalah kepada orang yang sangat menyombong

keseimbangn untuk kekejian
adalah kepada orang yang sangat keji...

keseimbangan untuk berhemah
adalah kepada orang yang berhemah..

Namun itu, saya juga merasakan nasihat Tuan ini tidak seimbang
dan hanya melihat kepada satu pihak..
mana mungkin sesuatu yang tidak seimbang itu boleh menjadi "adil"? :D


adakah apa yg encik Pubin tulis ini diajar oleh Nabi kita?

maaf jika encik pubin merasakan sy tidak adil.
 
so.. nko rasa al-Quran telah diubahker melalui periwayatan? :D

Saya dah jawab dithread yg lain. dan kamu pun dah baca post saya tersebut. tak perlu dijawab di sini lagi.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register