BTC USD 84,393.2 Gold USD 4,273.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIY :: Rumah Kontena

tentang ventilation, aku rasa tak perlu bimbang...

tebuk je lubang... cuma kena tahu di bahagian mana kita perlu reinforce sebanyak mana.

contoh, bahagian tepi perlu reinforcement yang mantap kalau nak tebuk.

bahagian atas dan lantai, tak perlu sangat (rasanya la, kena study lagi).

tebuk lubang bukan sesuka hati tebuk.
planning sangat perlu.

study

1.arah angin
2.ruang dan hirakinya
 
KEETWONEN

keetwonenheader.jpg



Arkitek/Pemaju : TempoHousing
Tahun disiapkan : 2006




Keetwonen adalah sebuah projek penempatan untuk para penuntut universiti di Amsterdam.

Ia menggunakan kontena perkapalan untuk dijadikan 1000 unit kediaman dan kemudahan-kemudahan untuk para penuntut.

Ia juga menggunakan bumbungnya sebagai objek tadahan air hujan yang efisyen. Dalam masa yang sama ia juga berfungsi sebagai penebat dan pembuang haba untuk kontena di bawahnya.

Ia dibina oleh TempoHousing dan siap tahun 2006.

Ia adalah projek kediaman menggunakan kontena yang terbesar di dunia.




prefabfridaykeetwonenco.jpg



keetwonencomplexhouses.jpg



unled23v.jpg



unled22cc.jpg
 
KEETWONEN


http://www.youtube.com/watch?v=onhZxKzayA8

http://www.youtube.com/watch?v=puvZk_unaoI



Konsep pembangunan menggunakan kontena adalah asing di Belanda namun kota Amsterdam mengambil langkah berani dengan mengupah TempoHousing untuk membangunakan Keetwonen bagi pihak "De Key" (www.dekey.nl).

Keetwonen mendapat sambutan hangat para pelajar, ia adalah projek De Key yang kedua paling popular.

Pada mulanya terdapat banyak kebimbangan. Terlalu kecil, terlalu bising, terlalu sejuk, terlalu panas. Akhirnya semuanya terbukti tidak benar.

Ia lebih besar, lebih senyap, lebih nyaman, yang paling penting sekali lebih nilai untuk wang bila dibandingkan dengan lain-lain skim perumahan di kota itu.


Ia juga dilengkapi dengan kemudahan yang kerap tiada di dormitori pelajar... bilik air dan dapur sendiri, balkoni sendiri, ruang belajar yang berasingan dari ruang tidur, tingkap besar yang memberikan pencahayaan semulajadi dan pemandangan luar, malah sistem pengudaraan automaik dengan pelbagai kelajuan juga.

Sistem pemanasan datang dari sistem dandang gas semulajadi berpusat. Air panas dibekalkan oleh tangki 50 liter per rumah dan talian internet jalur lebar juga tersedia.

Turut disediakan adalah sistem audiophone untuk pelawat yang terletak di pintu utama di tingkat bawah.

Blok kediaman tersebut turut mempunyai ruang terbuka di bahagian dalam halaman untuk parkir basikal yang selamat.

Walaupun projek ini pada mulanya diniatkan untuk berada di situ selama 5 tahun (sebelum dipindahkan ke tapak lain - kontena memang ideal untuk itu, ia mudah dibawa pindah bersama anda!) dijangkakan perpindahan akan ditunda sehingga 2016. Projek ini dumulakan pada 2005 dan siap pada pertengahan 2006.


 
Last edited:
x mustahil...untuk pengaliran haba mmg better buat opening untuk udara...dan maybe inner material kita tukar kepada material lain...outer je gune body kontena...technical issue biaseny on the spot boleh solve..sebab ianya bukan heavy punye construction..consider experimental + customization...
 
salam...kontena panas bro....aku penah keje dlm kontena...bilik keje dalm kontena.....kalo tengahhari & petang kena bukak aircond....bahang bro
 
salam...kontena panas bro....aku penah keje dlm kontena...bilik keje dalm kontena.....kalo tengahhari & petang kena bukak aircond....bahang bro

isu ni dah diselesaikan di projek-projek yang high profile.

challenge untuk kita adalah menjadikannya lebih murah, guna cara yang lebih kreatif.

tapi untuk selesaikan isu panas, kita kena faham juga, kenapa ia boleh panas?

adakah semata-mata kerana pancaran matahari? atau mungkinkah kerana tiada olakan udara?

bijakkah jika mengandalkan kepada aircond?

jika haba mudah masuk, maka sejuk pun mudah keluar... adakah air-cond jawapannya? efisyenkah?

harus diingat, kontena dibina untuk isi barang... manusia cuma masuk masa isi dan keluarkan barang sahaja.

jadi harus ada pengubahsuaian.




kita akan pergi ke persoalan tebatan haba dan olakan udara nanti.
 
Back
Top
Log in Register