afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Zahid nafi terima surat letak jawatan menteri besar N Sembilan
Presiden Umno Zahid Hamidi berkata tidak menerima surat peletakan jawatan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim.
Timbalan perdana menteri berkata, tidak menerima sebarang surat daripada Adun Juasseh itu.
“Surat apa? Letak jawatan? Tak ada,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau ditemui pemberita di Perhimpunan Agung Umno 2026 di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, timbul desas-desus Ismail menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri besar Negeri Sembilan susulan dakwaan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.
Ismail bagaimanapun mendakwa dipaksa menandatangani dokumen proklamasi seperti yang tular di media sosial.
Beliau membuat laporan polis kira-kira 6 petang semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa.
Semalam, beberapa individu termasuk Undang Luak Johol Muhammed Abdullah dalam sidang media mendakwa Ismail sudah menandatangani dokumen proklamasi untuk menurunkan Tuanku Muhriz.
Mereka mendakwa, Ismail menandatangani dan melengkapkan surat cara proklamasi di bawah Perkara 10(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan yang bertarikh 3 Ogos.
Sebelum ini, Sekretariat Undang Yang Empat menuntut pentadbiran negeri, khasnya setiausaha kerajaan negeri, mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa ditandatangani Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson, bulan lalu.
Sementara itu, ketika ditanya berkaitan pembabitannya dalam satu mesyuarat berkaitan isu tertentu di Negeri Sembilan, Zahid menafikan perkara tersebut.
Katanya, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Ismail dalam satu kenyataan.
“Saya tiada (dalam perjumpaan itu) Memang saya tiada, dia (Ismail) dah nafikan yang saya memang tiada ketika itu,” katanya.
