'Ysuku' dalam pemerhatian polis

CG Sponsors




The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
2,828
Reaction score
72
Points
40

ANGGOTA Polis Trafik memeriksa pengguna lebuhraya PLUS arah pusat bandar pada Ops Perdagangan Jabatan Siasatan Polis Trafik Bukit Aman di PLaza Tol Jalan Duta. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ berada dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend golongan belia kini yang gemar mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Sebagai contoh, jika ‘Ysuku’ itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 kilometer sejam (km/j), jangan ubah enjin untuk menunggangnya sehingga kelajuan lebih 140 km/j, ia melanggar undang-undang jalan raya.

“Polis juga bimbang motosikal itu tidak dapat menampung kelajuan baharu itu sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut.

“Dalam hal ini, penunggang bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna kenderaan lain.

“Kita akan pantau kes pengubahsuaian ini, polis dan JPJ akan mengadakan operasi sekatan jalan dari semasa ke semasa untuk mengesan kesalahan pengguna motosikal terbabit,” katanya pada sidang media Op Khas Kenderaan Perdagangan, di Plaza Tol Duta, di sini, malam tadi.

Mengulas operasi khas itu, Mohd Nadzri berkata sebanyak 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi selama enam hari berakhir malam tadi.

“Dalam tempoh sama, seramai 18 pemandu kenderaan perdagangan (bas dan lori) berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan kerana positif dadah.

“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap isu berkenaan, kita akan ambil tindakan tegas supaya kes itu tidak berulang,” katanya.

 
Sponsored Post

matabulat

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2016
Messages
2,619
Reaction score
713
Points
81
Elok la dh makin meluat aku tgok gelagat geng2 nih fly atas highway..
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,201
Reaction score
2,867
Points
191
honda civic pun ramai yang modified xikut spec..

siap berlumba atas highway lagi..

jangan pilih dua roda je..
 

AbdulFakar

Fun Poster
Joined
Jun 16, 2019
Messages
163
Reaction score
16
Points
15
kat youtube banyak vid ysuku ni. sampai artis pun terjebak. siap naik dyno lagi.
 

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,605
Reaction score
366
Points
91
Haha..budak2 baru dapat handle je yg bawak mcm beruk ni..otai2 steady je..
 

The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
2,828
Reaction score
72
Points
40
Budak2 bru nk up. Artis pun niat nk berniaga spare parts ja tu.
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,645
Reaction score
283
Points
91
serbu bengkel sekali... .. gila skang siap wat pakej lagi haha.... dolu2..
kalu moto kena sita... sampai ke bengkel polis g kutip...
skang nih siap masuk utube... artis2 join...
mentang2 polis wat dunno.. makin menjadi2..

dulu moto spec open.. naik van jaa mana berani atas jalan...
skang spec open selamba atas jalan
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
17,839
Reaction score
1,377
Points
206
Den dari mudo sampai tuo setio dgn ex5
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
yg kaki konvoi tu jaga2la. ak ke kk40 dh kena dh kua tol air hitam tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register