BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Young Art Entrepreneur Buka Ruang Artis Muda Komersialkan Bakat Seni

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,166
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,166
Reaction score
346
Points
141
988c1b872298c14eef980280fd4b243569cbbc9484072

2e737c471c520a21056bb598939fa29369cbbcbcd26cb

c209f6268c14644763633d054ed24e1469cbbca297d9f

KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Peserta program Young Art Entrepreneur, Amir Sabri yang berminat terhadap seni ekspresif yang meraikan kegembiraan melalui lukisan doodle program Young Art Entrepreneur (YAE!) Kohort Ke-11 di Balai Seni Negara hari ini.

Anjuran Balai Seni Negara dengan kerjasama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC), program ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk seni visual, tekstil, kraf dan media digital.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Berbekalkan minat terhadap seni seramik, seorang peserta program Young Art Entrepreneur (YAE!) kohort ke-11 kini melangkah lebih jauh dengan membangunkan ekosistem seni yang bukan sahaja menjana pendapatan, malah memberi impak kepada komuniti setempat.

Bagi Muhammad Aimanuddin Kasman, 31, seni bukan lagi sekadar karya untuk dipamerkan, sebaliknya medium yang mampu membuka peluang ekonomi, pendidikan serta aktiviti komuniti yang lebih luas.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dari Universiti Malaysia Sarawak itu memberi tumpuan kepada penghasilan Terenang, iaitu pasu tradisional Pahang yang suatu ketika dahulu digunakan dalam upacara perubatan dan majlis keramaian, namun kini hampir dilupakan.

“Bila saya berada di Karak, Pahang, saya lihat Terenang ini sebagai satu identiti yang boleh diketengahkan semula, bukan sahaja sebagai warisan, tetapi juga sebagai produk pelancongan budaya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Final Pitch Day YAE! di Balai Seni Negara, di sini, hari ini.

Menerapkan elemen moden bagi memenuhi keperluan pasaran semasa, Muhammad Aimanuddin berkata potensi seni itu turut dikembangkan menerusi Sari Cempaka Art Village di Bentong yang menawarkan bengkel seni, acara komuniti serta kemudahan penginapan dan makanan.

“Di sini kita bukan sahaja buat seramik, tetapi kita bina ekosistem. Orang datang bukan sekadar beli produk, tapi boleh belajar, berkarya dan alami pengalaman seni,” katanya sambil menyifatkan pendekatan itu mampu merancakkan ekonomi kreatif luar bandar.

“Kalau kita buat seni semata-mata, memang susah nak jual. Jadi kita kena ubah cara fikir, bukan hanya buat karya, tetapi hasilkan produk serta cari cara bagaimana nak pasarkan dan kekalkan minat pelanggan untuk terus bertahan dalam industri,” katanya.

Penyertaan dalam program YAE! yang diperkenalkan sejak 2017 itu berjaya membantu peserta mengembangkan potensi seni ke arah keusahawanan, termasuk dalam aspek penjenamaan, strategi pemasaran serta pemahaman terhadap kehendak pasaran.

Seorang lagi peserta program berkenaan, Farah Nisryn Mohd Safuan, 21, yang mengusahakan jenama Crafters in Bloom berkata minat terhadap seni kraf mengait untuk menghasilkan produk seperti rantai kunci, beg tangan dan patung hiasan kini berkembang menjadi sumber pendapatan melalui jualan tempahan khas dan di acara jualan sementara (pop-up).

 
Back
Top
Log in Register