BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Artis Dipilih Untuk Program Residensi Seni Khazanah 2026 Di London

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Artis Dipilih Untuk Program Residensi Seni Khazanah 2026 Di London​

a5cc0ab95ce648834b1ceb3514bc79446a7c3302db664

Kredit: Khazanah Nasional Bhd

Khazanah Nasional Bhd telah mengumumkan pemilihan dua artis Malaysia yang sedang meningkat naik, sebagai penerima program Khazanah Associate Artist Residency (KAAR) 2026 di Acme Studios, London, untuk tempoh 12 minggu bermula bulan September ini.

Penerima tersebut ialah artis konseptual, pengarkib dan kurator yang berpangkalan di Kuala Lumpur Umar Sharif dan artis visual dan multimedia Fauzan Fuad.

Kedua-dua mereka yang telah dipilih daripada 51 orang pemohon, menerima Surat Anugerah masing-masing di Seri Negara, semalam.

Pengarah Urusan Khazanah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata pembangunan bakat rakyat Malaysia, merupakan sebahagian daripada peranan penting Khazanah sebagai pelabur jangka panjang yang berpacukan matlamat.

“Menerusi KAAR, kami melabur dalam individu yang akan membentuk masa hadapan industri kreatif Malaysia dengan memberikan mereka pendedahan, rangkaian dan peluang untuk memperdalam amalan seni masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang program residensi tersebut, para artis akan menyertai sesi bimbingan, bengkel dan kolaborasi sesama rakan artis sambil berinteraksi dengan satu daripada komuniti seni kontemporari terkemuka di dunia.

Residensi mereka juga bertepatan dengan Frieze Week, sebuah pameran seni tahunan yang diadakan di London, yang memberikan mereka pendedahan berharga kepada antara acara seni kontemporari utama di dunia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017 dan kini memasuki edisi ketujuhnya, KAAR telah menyokong 14 artis Malaysia merentasi pelbagai disiplin, dengan menyediakan pendedahan antarabangsa, peluang pembangunan profesional serta jaringan hubungan dengan komuniti seni yang lebih luas.

 
Back
Top
Log in Register