BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yang mana harus aku pilih? (ASB, HARTANAH etc)

baru2 ni aku sembang ngan bapak kawan aku. dia cakap dia nak jual rumah kat area kl tu rumah teres. dia nak balik kg dah nak duduk sana.

kemudian aku tanyala dia nape nak jual sebb rumah ni aset.sekurang nya ada rumah. dia cakap dia xmo pening2 dah nak sewakan rumah dengan maintenance lagi, cukai lagi. oh ye rumah dia ni dah abis bayar lama dah dan leasehold.

aku punyala cakap jgn jual rumah (sebb masa tu mmg ingat property ni mmg btul2 menguntungkan). sekali dia bagi satu calculation terus aku terpikir sejenak kenapa nak sewakan rumah.

mudah je dia cakap kat aku. abang kalu jual rumah ni dapatla dalam 400k market value. kalau sewa dalam 1.5k maximum boleh la. jadi dia cakap dia nak park kat asb. kita amik kira 400k x 7% setahun.
hasil koleksi rumah sewa hanyalah RM18k setahun(blh dikenakan cukai + maintenance + repair + nak collect sewa + cari penyewa + aggrement+risiko penyewa lari) dan kalau dia campak kat asb dia boleh dapat 28k bersih setahun and free tax..

dan jugak aku terpikir kenapa nak kna invest dalam properties kalau asb masih xckup padahal nak invest properties jugak kna buaat loan. katakan beli rumah 200k bulanan dalam 950 bayar kat bank dan sewa mungkin 1k sebulan dapatla 12k setahun.

tapi buat loan asb 200k, bulanan mungkin 1100 bayar kan bank dan anda dapat dividen 14k setahun free tax..

jadi pada pendapat aku, penuhkan asb dulu dan seterusnya baru ke hartanah..

sori ayat tunggang langgang keybod aku rosak.huhu

maaf tapi xsilap aku asb hanya boleh masuk 200k sahaja :) (tak termasuk dividen yang da beranak pinak dalam tu). correct me if i am wrong.
 
maaf tapi xsilap aku asb hanya boleh masuk 200k sahaja :) (tak termasuk dividen yang da beranak pinak dalam tu). correct me if i am wrong.

Boleh Pegi 400..tapi ada cara

Cara mudah guna nama anak ke..adik kr..mak ke..guna nama aku pun bole..Hihi
 
Amboi,awalnya kemaskini akaun. :D

Dlm aspek pengurusan kewangan,in my opinion,kita kena play defensively.

Bak kata Donald Trump,

"Take care of your risk and your profit will take care of itself..."

So,here's my opinion

1) Saya bercadang untuk beli rumah, bukan bermaksud untuk tinggal, tapi untuk buat passive income. Isu sekarang ialah tentang downpayment, saya tidak punya duit yang mencukupi untuk buat downpayment rumah. Saya terbaca satu posting dari fb tentang usul untuk beli rumah di bawah paras RM100k, cuma isunya: 1) sy tidak ada downpayment mencukupi, 2) sy tidak ada pengetahuan yang luas tentang bidang hartanah jadi sy risau investment hartanah saya yang pertama tidak membuahkan hasil, 3) saya ada baca buku Faizul Ridzuan bagaimana beliau beli hartanah tanpa keluar modal guna kad kredit- persoalannya, adakah sesiapa di sini yang tahu pro n cons untuk cara ini? saya masih lagi mengkaji tapi masih belum ketemu jawapannya.

Nak buat pinjaman utk bayar down payment bkn la satu isu.Blh buat pinjaman peribadi,pinjam dari kad kredit,pinjam along,

achik,angah atau tok abah.Tak ada masalah.Isunya ialah,mcm mana nak bayar balik pinjaman tu.Sudah tentu kalau

pinjaman,semuanya datang dgn interest.Bezanya,sikit atau banyak sahaja.Persoalannya,cukupkah

cashflow dari pembayaran sewa untuk cover :

(I) Monthly installment
(II)Loan yg dibuat utk down payment + interest.

Kalau tak cukup,maka pelaburan hartanah anda akan mempunyai negative cashflow.Maksudnya,you have to top-up

with your own money every month.Itu blm kira lagi kalau anda dpt tenant yg liat membayar dan/atau merosakkan rumah anda.

Yg tu,lagi2lah bertambah negative cash flow tu.

Yg kedua,apakah matlamat akhir anda dlm pelaburan?Atau dgn kata lain,how you want to realize you profit in the investment.

Adakah dgn menjual rumah?Refinance?Atau derma kpd anak yatim (keuntungan di Akhirat :D)?

Kalau keputusan anda ialah utk menjual,maka bagaimanakah situasi pasaran hartanah skarang,terutamanya di tempat/lokasi

hartanah anda terletak.Adakah mudah utk mendapat pembeli?Atau adakah price appreciation nya tinggi dan predictable?

Dan kalau nak refinance,mcm mana pulak situasi refinancing/banking dlm negara sekarang?Mudah atau tidak?

Dan bagaimana pula dgn kedudukan kewangan anda?Adakah mudah utk dapat refinancing?

2) Setelah saya dapat dividen loan asb tersebut, adakah lebih baik saya teruskan bayar setiap bulan atau pun saya simpan sendiri dan invest pada investment tools yang lain? Mana lebih baik? Pros n cons?

Yg ni depends pada kemahiran yg anda ada.Kalau ada kemahiran,maka mungkin blh invest kat tempat lain.

Kalau tak ada kemahiran,maka,tak payahla ambik dividen tu.Biarla dia beranak pinak dlm ASB tu.Setakat yg saya tau,

tak ada investment lain kat dlm Malaysia ni(bahkan kat dlm dunia jugak sepanjang pengetahuan saya)

yg menawarkan empat perkara di bawah ni serentak:

(I) Capital protection
(II) Profit yg agak byk (twice the return of risk free investment in Malaysia,which is a lot)
(III) Liquidity - maksudnya mudah utk sama ada dikeluarkan atau masuk balik
(IV) Blh digunakan sebagai collateral utk mendapatkan pinjaman.

3) Adakah otai2 semua ada cara bagaimana untuk optimizekan savings supaya boleh dapat pulangan yang lebih banyak? Saya ada baca tentang usul beli emas setiap bulan dan simpan, cuma bolehkah beli emas sikit2- dan berapa nisbah emas yang patut kita beli compare dengan lebihan simpanan yg kita ada setiap bulan?

Rujuk balik no. 2.

Bab beli emas tu,melainkan kalau nak beli utk pakai/perhiasan,pendapat saya tak payah.Ni sebabnya

(I) Susah nak disimpan (terdedah kpd bahaya kecurian kalau disimpan dlm rumah)
(II) Tidak diinsuranskan
(III)Cashflow neutral (tidak memberi pulangan dlm bentuk dividen)
(IV) Mempunyai spread jual beli yg sgt tinggi
(V) Sejenis asset class yg berada di dlm keadaan downward trend,dan mempunyai kebarangkalian utk kekal dlm
trend sebegitu utk tempoh masa yg panjang.


Bab wealth planner/seminar semua tu saya tak ada cadangan pulak.

Tp,it would be best to buy good books about finance/investment.

So,saya jawab secara konsep sajala.Nak go in details,nanti jadi panjang sgt pulak.

Tarik nafas dulu. :D

xsalah merancang dari mula kan? ;)

hartanah ni if i am not mistaken ade beberapa cabang. Flipping, lelong, subsale, itu setakat yang saya tahu. saya yakin dalam hartanah ni cabangnya luas. cuma ilmu yang nak kena ada tu. tp buat masa ni mgkin saya nak fokus pada subsale dulu.

yap i know loan asb is the easiest way to earn money.

cuma saya berpegang pada concept diversify. saya nak cuba cari peluang mana2 sahaja yg ada. sy mahukan ilmu, kalau lah hartanah ni x menguntungkan kenapa orang ramai dok tergila2 sangat buat hartanah? pasti ada sebab nya. but i know- semuanya datang dari ilmu juga. ianya bukan mudah. bukan sehari dua punya ilmu. kena kaji, kena blajar.

anyway sy hargai pendapat bro. tq for ur very concerned comment. cuma saya nak lihat dulu apa pendapat orang2 lain dan kemudian ambil tindakan ;)
 
saya tidak pasti ini logik atau tidak, pendapat anda?

Saya Fresh Graduate dgn gaji RM 2500,apa yg akan sy buat :
1.After tolak KWSP + loan PTPTN baki di tangan RM 2000
2.Sy beli rumah low cost house/apartment below RM 100k dimana bulanan RM 500/bln..Lepas itu sy sewakn semula RM 900/bln utk fully furnished = extra cash RM 400 + loan rumah penyewa bayarkn
3.Sebab sy bujang sy beli moto scra ansurans dgn bulanan RM 150/bln
4.Sebab sy bujang sy sewa bilik dgn rate RM 300/bilik dan sy share dgn kwn sy sebuah bilik...means sy hanya bayar RM 150/bilik
5.Sy beli insurans diri dgn bulanan RM 150/bln
6.Baki stp bulan di tgn ketika ini (RM 2000 + RM 900) - ( RM 500 + RM 150 + RM 150 + RM 150) = RM 1950
7. 30% dari RM 1950 sy simpan dlm bentuk ASB loan..utk pkiraan mudah sy ambik ASB loan RM 100k dgn komitmen bulanan RM 600/bln
8.Baki di tgn RM 1350 :
RM 350 sy asingkan utk peti kecemasan
RM 500 utk sara hidup sy makan minum
RM 300 utk utk org tua di kampung
RM 200 utk hadiah diri sdri setelah penat bkerja
9.Sy beli 2nd house medium cost apartment/house dgn harga below RM 150k,monthly bulanan adalah sekitar RM 750...dan sy sewakn semula RM 1200 utk fully furnished = extra cash RM 450 + loan rumah penyewa bayarkn
10.Baki di tangan RM 1350 + RM 450 = RM 1750
11.Boleh convert cash kt kpd gram emas skt demi sdkt stp bulan..
12.Melabur sedikit wang untuk belajar ilmu pengurusan kewangan

p/s: cedok dari fb.
 
Back
Top
Log in Register