hani85
Super Active Member
- Messages
- 6,861
- Joined
- Oct 24, 2010
- Messages
- 6,861
- Reaction score
- 287
- Points
- 91
assalam. saya dengan merendah dirinya ingat meminta pendapat otai2 di sini sini berkaitan dengan pengurusan kewangan yang terbaik dalam situasi saya.
Setiap bulan saya ada lebihan lebih kurang dalam RM1600- setelah ditolak loan asb maka tinggal lah hanya 400 untuk saya simpan dan gunakan di waktu kecemasan. Memandangkan kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun, saya mahu buat persediaan awal untuk kemas kini tahap kewangan saya dan berharap untuk optimumkan duit lebihan yang saya ada setiap bulan mulai tahun depan.
saya ambil kira dividen asb loan sebagai 7.5%, figure yang saya ambil dr thread tuan ikeda. jadi 7.5% ^ 200k maka saya akan dpt 15k untuk dividen tahun ni. jadi saya ada beberapa soalan yang sy mahu minta pendapat dari otai2 semua, berdasarkan konsidi saya sekarang, apa solusi terbaik:
1) Saya bercadang untuk beli rumah, bukan bermaksud untuk tinggal, tapi untuk buat passive income. Isu sekarang ialah tentang downpayment, saya tidak punya duit yang mencukupi untuk buat downpayment rumah. Saya terbaca satu posting dari fb tentang usul untuk beli rumah di bawah paras RM100k, cuma isunya: 1) sy tidak ada downpayment mencukupi, 2) sy tidak ada pengetahuan yang luas tentang bidang hartanah jadi sy risau investment hartanah saya yang pertama tidak membuahkan hasil, 3) saya ada baca buku Faizul Ridzuan bagaimana beliau beli hartanah tanpa keluar modal guna kad kredit- persoalannya, adakah sesiapa di sini yang tahu pro n cons untuk cara ini? saya masih lagi mengkaji tapi masih belum ketemu jawapannya.
2) Setelah saya dapat dividen loan asb tersebut, adakah lebih baik saya teruskan bayar setiap bulan atau pun saya simpan sendiri dan invest pada investment tools yang lain? Mana lebih baik? Pros n cons?
3) Adakah otai2 semua ada cara bagaimana untuk optimizekan savings supaya boleh dapat pulangan yang lebih banyak? Saya ada baca tentang usul beli emas setiap bulan dan simpan, cuma bolehkah beli emas sikit2- dan berapa nisbah emas yang patut kita beli compare dengan lebihan simpanan yg kita ada setiap bulan?
Maaf saya banyak bertanya. Sebenarnya saya dah puas cari orang2 yang pakar dalam bidang ni, cuma so far mostly hanya mahu menjual product mereka- maksudnya, mereka tidak concern tentang kedudukan kewangan saya, mereka tidak propose bersandarkan kedudukan kewangan saya, tapi propose berdasarkan mana yg lebih untung pada mereka. Jadi saya sangat2 hargai kalau ada pandangan yang tidak berat sebelah di sini
Jika ada yang nak propose mana2 seminar kewangan, ataupun wealth planner yang bagus2, boleh silakan, tapi mohon biarlah yang benar2 mahu menolong bukan hanya fikir untung ye. thank u in advance