Tokera
In Memory - AlFatihah

- Messages
- 11,308
Paid Membership
- Joined
- Dec 31, 2005
- Messages
- 11,308
- Reaction score
- 175
- Points
- 123
Yahudi dan Nasara terus perangi Islam-
Utusan Malaysia
Tarikh:14/06/2006
Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
KAUM Yahudi dan Nasara akan terus memerangimu dan merancangkan tipu daya terhadapmu. Mereka tidak akan berdamai denganmu dan tidak akan berpuas hati terhadapmu kecuali kamu meninggalkan dakwah ini, meninggalkan agama yang benar ini dan melepaskan keyakinan ini serta kembali semula kepada kesesatan, kesyirikan dan kefahaman mereka yang buruk sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar.†Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah: 120)
Firman Allah s.w.t.: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad). Ibn al-Jauzi berkata, sebab turun ayat ini dengan tiga pendapat:
1. Bahawa Yahudi Madinah dan Kristian Najran berharap supaya Nabi sembahyang mengikut kiblat mereka. Apabila Nabi berpaling ke Kaabah, mereka berasa putus asa, lantas turunnya ayat ini. Inilah pendapat Ibn ‘Abbas.
2. Bahawa mereka menyeru Nabi kepada agama mereka, lantas turunnya ayat ini. Inilah pendapat Muqatil.
3. Mereka yang meminta Nabi untuk mengadakan hudnah (perjanjian) supaya Nabi boleh bersetuju dengan mereka, lantas turunnya ayat ini seperti disebut oleh al-Zajjaj.
Sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Iaitu sekali-kali dua kumpulan ini, Yahudi dan Kristian, tidak akan reda dan suka agamamu sehingga kamu meninggalkan Islam yang benar ini dan mengikut agama mereka yang pincang. Al-Baghawi berkata, maksud millah ialah perjalanan atau ikutan. Itulah faktor utama. Mereka (selama ini) tidak kekurangan dalil. Mereka bukannya kekurangan keyakinan bahawa kamu berjalan di atas agama yang benar dan bahawa wahyu yang datang kepadamu daripada Allah itu adalah benar. Walaupun kamu mengemukakan segala bukti dan dalil dan walaupun kamu menunjukkan segala sikap yang mesra kepada mereka, namun mereka tidak sedikit pun akan berpuas hati kecuali kamu bersedia mengikut agama mereka dan meninggalkan agama benar yang dipegang olehmu.
Syed Qutub menambah, itulah kompleks jiwa mereka yang berterusan yang dapat kita lihat buktinya di setiap zaman dan tempat. Akidahlah yang menjadi persoalan utama. Itulah hakikat pertarungan yang dilancarkan oleh kaum Yahudi dan Nasara di mana-mana negeri dan pada mana-mana waktu terhadap kaum Muslimin. Pertarungan akidahlah yang selalu dinyalakan di antara khemah kaum muslim dengan dua khemah kaum Yahudi dan Nasara yang kadang-kadang bertelingkah di antara satu sama lain dan kadang-kadang puak-puak dalam satu agama itu bertelingkah sesama sendiri, tetapi semua golongan dan puak itu bertemu dan berpadu dalam perjuangan menentang Islam dan kaum muslim.
Mereka telah menguji semangat keghairahan kaum muslimin terhadap agama dan akidah mereka apabila mereka memerangi kaum muslimin di bawah bendera pertarungan kerana agama. Oleh sebab itulah musuh-musuh ketat yang lama itu mencari jalan yang lain, iaitu mereka mengubah bendera perjuangan.
Peperangan
Mereka tidak mengisytiharkan peperangan itu atas nama peperangan kerana akidah, sedangkan peperangan kerana akidah itulah yang menjadi tujuan mereka yang sebenarnya kerana mereka takut kepada keghairahan (kaum muslimin) berperang kerana akidah dan kepada semangat jihad mereka yang berkobar-kobar. Malah mereka mengisytiharkan peperangan itu atas nama peperangan kerana tanah air, ekonomi, politik, mempertahankan kedudukan-kedudukan yang strategik dan sebagainya. Mereka mencampakkan ke dalam hati sesetengah golongan kita orang-orang Islam yang tertipu dan lalai bahawa cerita akidah dan agama itu telah menjadi cerita lama dan basi. Ia tidak mempunyai apa-apa erti lagi dan tidak pula wajar diangkatkan bendera perjuangannya. Seterusnya agama tidak menjadi sebab yang wajar untuk turun ke medan pertempuran atas namanya. Inilah sifat kaum manusia yang fanatik dan mundur akidahnya supaya mereka terselamat daripada kekuatan dan keghairahan semangat perjuangan akidah Islam yang berkobar-kobar sedangkan dalam hati barisan Zionis, Salib dan Komunis antarabangsa, semuanya memasuki medan pertempuran dengan motif utamanya untuk menghancurkan batu akidah Islam yang pejal, yang telah ditanduk mereka sekian lama hingga menyebabkan mereka mendapat luka-luka dan berdarah. Itulah satu-satunya harga yang dapat memuaskan hati mereka. Selain daripada ini segala-galanya ditolak.
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar.†Al-Nasafi berkata maksud al-hidayat adalah Islam. Ayat ini (mengumumkan hidayah Allah) dengan ungkapan yang menentukan batasan yang tegas, iaitu hanya hidayah Allah hidayah yang benar dan yang lain daripada hidayah Allah bukanlah hidayah. Oleh itu, engkau (Muhammad) tidak boleh berpisah daripada hidayah Allah, tidak boleh menyeleweng daripadanya dan tidak boleh memuaskan hati orang lain dengan mengorbankannya. Hidayah Allah tidak boleh tawar-menawar baik sedikit mahupun banyak. Sesiapa yang suka dia boleh beriman, dan siapa yang suka dia boleh menolak. Oleh itu ingatlah dan berhati-hatilah agar keinginanmu (Muhammad) untuk memberi hidayah kepada mereka dan menarik mereka kepada keimanan atau bersahabat dan bermesra dengan mereka tidak sampai membawa kamu menyeleweng daripada jalan hidayah Allah yang amat halus ini.
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran). Al-Alusi berkata, mengikut pandangan dan pemikiran mereka yang menyimpang daripada kebenaran, terdapat empat pendapat berkenaan ayat ini:
1. Bahawa dia menukar arah kiblat ke Kaabah. Inilah pendapat Ibn ‘Abbas.
2. Bahawa dia adalah penerangan dengan agama Allah yang sebenar adalah Islam.
3. Bahawa dia adalah al-Quran.
4. Bahawa dia adalah ilmu dengan kesesatan kaum.
Maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Al-Samarqandi berkata, daripada azab Allah yang boleh memberi manfaat kepadamu dan menegahmu daripadanya. Dengan ancaman yang menakutkan ini, dengan amaran yang tegas dan janji yang menggerunkan ini, al-Quran hadapkannya kepada Nabi s.a.w. selaku Rasul dan kesayangan-Nya yang mulia.
Itulah kehendak keinginan nafsu mereka, jika kamu menyeleweng daripada hidayah Allah kerana mengikut kehendak keinginan nafsu yang menyebabkan mereka mengambil pendirian yang seperti ini terhadapmu, bukannya kerana mereka kekurangan hujah dan kelemahan dalil.
Iktibar dan pengajaran ayat.
Antaranya:
i. Ancaman daripada mengikut telunjuk Yahudi merupakan perkara yang thabit, tetapi malangnya umat Islam akan mengikut jejak langkah mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sekalipun mereka memasuki lubang dhab, nescaya mereka akan terpengaruh juga. Inilah riwayat Abu Sa’id al-Khudri daripada Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang sahih.
ii. Syeikh al-Maghari berkata: Ayat ini seolah-olah memberi gambaran dan harapan yang gelap kepada Nabi s.a.w. untuk menjadikan golongan Yahudi dan Kristian memeluk Islam kerana mereka mahu umat Islam mengikutnya.
iii. Ayat di atas merupakan ancaman yang tegas dan keras supaya jangan mencari pelindung dan penolong selain daripada Allah s.w.t..