OK saya tambah info lagi..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Isu mengenai YSM + adsense bukan sahaja hebat di perkatakan di Malaysia, malah di seluruh dunia. Ironinya time ini jugalah menyaksikan ramai adsense players yang mengunakan YSM di ban., situasi ini memberi kita peluang untuk belajar lagi.
Jadikan thread ini sebagai thread untuk kita berbincang mengenai cara untuk mengatasi masalah ini dan bukan menjadikan thread ini untuk melepas rasa marah mengenai YSM.
YSM begitu popular bukan kerana ia memberi traffic yang berkualiti, tetapi juga murah berbanding dengan adwords, ditambah pula dengan adanya kupon2 yang jauh lebih baik dari online advertising yang lain.
Mari kita kaji term yang digunakan oleh google.
Saya menganggap bahawa YSM boleh diketegorikan sebagai Online Advertising program. Dalam adsense policy, YSM adalah dilarang, KECUALI, mematuhi Google Landing Page Quality Guidelines (GLPQG). Maksudnya sekiranya kita mematuhi GLPQG, pengunaan YSM adalah dibenarkan.
Jadi guideline Landing page google ialah
a.Landing page must has privacy policy and anti spam policy
b.Must has contact us form
c.Must has link to authority site such as wikepedia,ebay and amazon.
d.Unique content.
e.Meta description and meta keyword
f.Main keyword density not more than 2 %. If not google will consider you spam.
g. Need to submit site map.
h. Put keyword alt tag for picture
i. Bold the keyword
j. Need to have bcklink.
Kita lihat kenyataan ini.
Dari sini kita boleh membuat kesimpulan yang YSM/Adwords boleh digunakan. Jadi isu sekarang sama ada
teknik arbitrage adalah dilarang atau tidak bukanlah isu utama kita di ban. Jadi traffic YSM bukanlah isu utama di sini.
Let we go to the next level. Mari kita bincang pulak mengenai Landing Page. Seperti juga orang lain, kadang-kadang bila rasa malas sudah menghantui kita, kita sering mengambil jalan pintas. Kandungan site yang kita buat mungkin tidak mematuhi Landing page yang di define oleh google.
Google telah memberi penerangan mengenai Landing page ini dan 3 faktor utama telah diberikan.
1. Relevant and Original Content
"Yang paling utama di sini adalah kandungan site yang haruslah bebas dari duplicate content. Memang kita boleh guna free artikel directory, tapi kita haruslah mengubah kandungan tersebut, sehingga ia lepas dari copyscape.com . Itu yang penting. Malah kita harus juga tidak semata-mata membuat kandungan yang original tetapi tidak berkualiti. Ini juga mendatangkan bahaya. Kita harus membuat kandungan yang original dan berkualiti. Itu bagus kata google. Di bawah adalah penerangan yang jelas dari Google bahawa kandungan yang original mestilah berkualiti dan bukannya sekadar original content semata-mata."
2. Transparency
"Kandungan site yang kita hendak promote dengan YSM mestilah bukan site yang hanya ada 1-2 artikel atau post sahaja. Kita haruslah menjadikan site tersebut cukup maklumat dan champion dalam niche tersebut."
3. Navigability
"Kandungan site yang mudah bagi visitor mendapat maklumat. Contohnya kalau kita buat site mengenai pendidikan (salah satu hot niche) kita mesti buat artikel yang menyeluruh mengenai pendidikan, seperti jenis2 pendidikan, tempat untuk melanjut pendidikan, berapa fee kalau ada, tempoh masa pendidikan dan sebagainya."
Itu adalah antara isu yang dibincangkan dalam Google landing page. Namun begitu kita harus juga memberi tumpuan mengenai cara kita meletakkan Google ADS.
Macam mana rupanya site yang MFA? Pada saya site yang MFA adalah site yang mengunakan sepenuhnya semua option ads, iaitu 3 ads content, 3 ads link dan sebagainya. Kalau kita letak diri kita sebagai visitor dengan semua google ads merata2 kat satu site, kita mesti akan kata yang ini mungkin site made for adsense.
Justeru kita haruslah berfikir seperti visitor sebab google engineer pun manusia juga, bila dia nak ban, dia akan tengok dulu site yang dia nak ban, 1st impression dia kalau semua ads digunakan, dah tentu dia akan fikir yang site kita adalah MFA. Justeru memadai lah kita meletakkan ADS di tempat yang stategik.
Disamping itu kita juga dilarang meletakkan ADS di tempat bersebelahan dengan Gambar
Mari kita bincang bagaimana nak mengatasi masalah ini. IMHO YSM bukanlah isu utama dalam kes ini. Sekiranya kita nak manipulasi google system dari detect traffic dari YSM, kita mungkin boleh buat site redirection, iaitu kita advertise site lain guna YSM tapi site tersebut akan memujuk visitor untuk klik ke site lain yang menjadi target kita. Sekiranya kita buat begini, isu lain pula yang akan timbul iaitu
1. Kita mungkin melanggar YSM landing page quality pulak.
kalaupun kita lepas YSM landing page quality, isu dibawah mungkin berlaku
2. Kita mungkin di suspek oleh google terlibat dalam program link exchange kerana traffic datang dari satu site yang konsisten dan ini menimbulkan rasa curiga bagaimana site tersebut generate traffic. Saya bagi contoh dalam YSM kita promote site A, dan dalam site A, kita letak disclaimer yang kita telah berpindah ke site B. Situasi ini agak bahaya kerana Google akan buat siasatan bagaimana Site A mendapat traffic. ?
Adalah lebih baik sekiranya kita combina traffic dari YSM dan SEO. InsyaAllah google happy and we are happy too.