BTC USD 61,751.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yahama lancar Y15 V2 @ RM8,168

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Harga bermula RM8,168

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mendedahkan harga bagi model Yamaha Y15ZR v2 2019 pada hari ini. Pendedahan harga ini adalah susulan pelancaran model berkenaan kira-kira dua minggu yang lalu.

Harga runcit saranan HLYM adalah RM8,168 (tidak termasuk insurans, cukai jalan, dan pendaftaran).

Pelanggan akan menerima kunci cakera brek Yamaha bersama dengan ‘reminder cable’ secara percuma.


https://motomalaya.net/blog/2019/04/05/harga-yamaha-y15zr-v2-2019-didedahkan-dari-rm-8168/

D2wBSuXUgAAU-wU.jpg

D2a43riUYAYxfD4.jpg

D2a43riVYAAoSVF.jpg

D2en-s-VYAAmj-7.jpg

rC9l8jUt

D2Z83UnU4AA3uVB.jpg

D2Z82cJUYAIyk9e.jpg

D2Z81-JU0AAtpnP.jpg

D2Z824gU8AInO8p.jpg


KUALA LUMPUR: Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan model terbaharu, Yamaha Y15ZR v2, hari ini.

Pelancaran model raja jalanan yang ditunggu-tunggu itu diadakan di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas (Pusingan 1) Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka.

Yamaha Y15ZR v2 mempersembahkan beberapa ciri terbaharu termasuk penggunaan lampu LED ‘high low beam’, paparan LCD instrumen digital serta rekaan dan grafik terkini.

Saiz roda juga diubah kepada 90/80 di bahagian hadapan bagi tunggangan lebih selesa.

Yamaha Y15ZR v2 didatangkan dengan rangkaian empat pilihan warna menarik iaitu ‘Striking Cyan’, ‘Blazing Red’, ‘Storm Blue’, dan ‘Dynamic Grey’.

Model terbaharu itu boleh didapati di semua pengedar jualan sah Yahama, bermula dari pertengahan April ini dan pembeli baharu berhak menerima kunci cakera brek (disc brake lock) bernilai RM100 secara percuma.

Y15ZR sebelum ini pernah dinobatkan sebagai juara bagi kategori CP150 selama dua tahun berturut-turut iaitu 2017 dan 2018 di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.yamaha-motor.com.my/finddealer/


https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2019/03/544814/yahama-perkenal-y15zr-v2-raja-jalanan
 
Last edited:
kaler cyan ker tuh... menarik plop kaler tuh..
takdak daaa kuning
 
nk tampal no plat ikut spec cmne kt head lampu tu. kecik dh space
 
kenapa dipanggil y suku ek

sebab ikut jam
haha
3.15 dipanggil 3 suku
so gitu lah gamaknya asal ysuku kot walaupun suku tu 0.25

R25 bukan rsuku tp r tupai :D
msian unik :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
sebab ikut jam
haha
3.15 dipanggil 3 suku
so gitu lah gamaknya asal ysuku kot walaupun suku tu 0.25

R25 bukan rsuku tp r tupai :D
msian unik :)cgrock:)cgrock:)cgrock

hahaha ingtkn dari mana la dpt nama adoi baru tau
 
Yamaha pndai ikut citarasa muda mudi

Bukan mcm honda...ikut suke depa
 
Back
Top
Log in Register