BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shell Malaysia Lancar Aplikasi Shell Recharge

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Shell Malaysia kini melancarkan aplikasi mudah alih baharu, Shell Recharge, bagi memudahkan pengguna mencari lokasi dan mengecas kenderaan elektrik (EV) di stesen Shell Recharge. Melalui aplikasi Shell Recharge, pengguna boleh menikmati beberapa ciri utama termasuk tempah dan cas, kemas kini status pengecasan secara langsung serta melakukan pembayaran pantas menggunakan kad debit atau kredit. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan ciri roaming rentas sempadan, membolehkan pengguna EV mengecas di Stesen Recharge Malaysia dan Singapura menggunakan aplikasi yang sama.

1763015353445.png

1763015369311.png

Pengguna juga boleh mengesan lokasi pengecas terdekat dengan mudah melalui fungsi pencari lokasi dalam aplikasi. Pelancaran ini hadir seiring perkembangan rangkaian Shell Recharge, yang merangkumi pengecasan berprestasi tinggi (HPC) pertama di Malaysia dari Utara ke Selatan dan Pantai Timur ke Pantai Barat, serta hab pengecasan EV altitud tertinggi di Genting Highlands. Rangkaian ini bertujuan menyokong perjalanan jarak jauh dan antara negeri serta memudahkan pemandu EV di Malaysia. Sempena pelancaran, Shell menawarkan promosi RM1.11 per kWh di semua lokasi Shell Recharge HPC di Malaysia pada hari ini, 11 November 2025. Aplikasi Shell Recharge kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Shell.​
 
Back
Top
Log in Register