puyol
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,838
Top Poster #9
- Joined
- Jun 28, 2011
- Messages
- 43,838
- Reaction score
- 7,407
- Points
- 481
Majlis pelancaran Chery Tiggo Cross di Kuala Lumpur, hari ini -NSTP/RAIHANA MANSOR
KUALA LUMPUR: Chery Malaysia melancarkan model terbaharu, Tiggo Cross, kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak pintar dengan reka bentuk global dan teknologi canggih yang ditawarkan pada harga bermula RM88,800 bagi varian 1.5 Turbo serta RM99,800 untuk varian 1.5 Hybrid CSH.
Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew, berkata pelancaran itu mengukuhkan lagi kedudukan syarikat sebagai jenama automotif yang pantas berkembang di pasaran tempatan sejak diperkenalkan pada Julai 2023.
"Tiggo Cross adalah SUV kompak yang direka untuk gaya hidup rakyat Malaysia yang sentiasa aktif. Ia menggabungkan ruang praktikal, teknologi pintar dan penampilan bergaya untuk pemanduan bandar mahupun percutian hujung minggu.
Dengan slogan 'Cross Wonderful Life', ia menepati keperluan pengguna moden," katanya pada majlis pelancaran SUV baharu itu di sini, malam ini.
Pada majlis sama, Chery Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi menyokong pembangunan industri sukan dan atlet tempatan.
Varian petrol dikuasakan enjin 1.5L Turbocharged dengan transmisi dwi-klac enam kelajuan (DCT) yang menghasilkan 147PS kuasa maksimum dan 210Nm tork, dengan penggunaan bahan api hanya 6.3L/100km.
Bagi varian hibrid pula, ia dilengkapi sistem Chery Super Hybrid (CSH) dengan kombinasi enjin petrol 96PS dan motor elektrik berkuasa sehingga 204PS, memberikan tork maksimum 310Nm dan kecekapan bahan api 5.4L/100km.
Tiggo Cross Hybrid juga menawarkan jarak perjalanan sehingga 1,000 kilometer dengan kapasiti tangki bahan api 51 liter, sesuai untuk perjalanan jarak jauh.
Model itu hadir dengan pelbagai ciri premium termasuk skrin sentuh 20.5 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, kawalan iklim dwi-zon dengan panel sentuh, dan pembantu suara pintar.
Ia turut dilengkapi rel bumbung yang menambah praktikaliti untuk aktiviti luar seperti membawa basikal atau bagasi tambahan.
Dari segi keselamatan, ia menawarkan 16 fungsi Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Penukaran Lorong (LDW) dan Bantuan Kekal Lorong (LDP).
Mengulas lanjut, Chew berkata, sejak dua tahun lalu, pihaknya telah membuka 58 pusat jualan dan servis di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
"Dengan pelancaran empat model baharu, kami yakin akan terus memenuhi permintaan pengguna," katanya.
Chery turut menawarkan servis percuma selama dua tahun kepada 2,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum 30 September ini.
Model ini juga hadir dengan waranti tujuh tahun atau 150,000 kilometer, selain waranti lapan tahun atau 160,000 kilometer khusus untuk bateri dan sistem hibrid bagi varian CSH.