Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,554
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,554
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Xiaomi TV Box S (3rd Gen) kini ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM239. Peranti ini merupakan kotak TV baharu daripada Xiaomi yang hadir dengan sistem operasi Google TV bagi membolehkan pengguna mengakses pelbagai kandungan hiburan dalam resolusi sehingga 4K. Ia dikuasai oleh pemprosesan quad-core (sehingga 2.5GHz) dan GPU ARM G310 V2 dipadankan bersama pilihan memori 2GB RAM dan storan 32GB.
Peranti menyokong Dolby Vision dan HDR10+ serta Dolby Audio dan DTS:X bagi pengalaman tontonan dan audio lebih imersif. Sokongan penstriman sehingga 4K pada 60FPS turut memastikan kualiti imej terbaik. Untuk sambungan, ia menyertakan Wi-Fi 2.4GHz dan 5GHz, Bluetooth 5.2, port HDMI 2.1, USB 2.0 dan sokongan kawalan suara melalui Google Assistant. Selain itu, ia menyertakan perkhidmatan penstriman percuma Xiaomi TV+ yang menawarkan saluran siaran langsung tanpa langganan.