Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,554
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,554
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Pada tahun 2017, LG melancarkan TV Wallpaper yang nipis bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin menggantung TV di dinding tanpa ia kelihatan terkeluar. Di CES 2026, akhirnya TV LG OLED evo W6 yang mengembalikan semula rekaan Wallpaper yang nipis kerana ia hanya setebal 9mm. Ia menggunakan teknologi True Wireless yang membolehkan input daripada pelbagai peranti disambungkan kepada sebuah Zero Connect Box. Ini kemudiannya dipancarkan secara nirwayar kepada LG OLED evo W6 dengan sokongan 4K 144Hz dan audio Dolby Atmos nirhilang.
Menurut LG paparan kandungan pada TV ini lebih baik dengan bantuan Hyper Radiant Color Technology yang membaiki paparan warna hitam, warna, dan keterangan kandungan. Keterangan skrin adalah sehingga 3.9 kali ganda lebih tinggi berbanding panel OLED biasa. Kesemua ciri baharu ini dikuasakan oleh cip w Alpha 11 AI Processor Gen3 dengan NPU 5.6X lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini. Bagi golongan gamer, TV ini menyokong juga resolusu 4K 165Hz dengan sokongan NVIDIA G-SYNC Compatible, AMD FreeSync Premium dan Auto Low Latency Mode (ALLM). Seperti semua TV pintar LG, sistem operasi yang digunakan ialah webOS. Harga jualan TV nipis ini belum lagi diumumkan.