BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung HDR10+ Advanced Di Umumkan - Akan Di Gunakan TV 2026

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Dua format HDR paling kerap digunakan pada peranti moden ialah Dolby Vision dan HDR10+. Kedua-dua format ini sudah agak berusia dan selepas Dolby Vision 2 diumumkan bulan September lalu, Samsung mengumumkan pula HDR10+ Advanced. Menerusi HDR10+ Advanced, kandungan sehingga keterangan antara 4000-5000 nits dan 100% BT.2020 akan disokong. Kandungan mempunyai data meta untuk pemetaan ton warna yang lebih tepat. Ia turut boleh mengubah tetapan HDR secara automatik berdasarkan genre yang ditonton. Sebagai contoh warna lebih terang untuk kandungan sukan dan lebih semula jadi untuk kandungan drama.
1762365629215.png

Ciri Motion Smoothing juga akan ditambahbaik sementara ciri gaming juga turut akan menerima sokongan HDR yang dipertingkatkan. Samsung mengatakan HDR10+ Advanced akan disokong TV mereka yang akan dilancarkan tahun depan dengan demo akan diperlihatkan di CES. Setakat ini hanya Amazon mengesahkan aka menawarkan kandungan HDR10+ Advanced di platform mereka.​
 
Back
Top
Log in Register