BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Disney+ Di Malaysia Naik Harga Bermula 18 Disember

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Disney kini mengumumkan pelan harga baharu untuk langganan Disney+ di Malaysia. Bermula 18 Disember 2025, pelan Disney+ Basic akan berharga RM29.90 sebulan. Pelan Disney+ Premium pula ditetapkan pada RM49.90 sebulan atau RM99.90 untuk 3 bulan. Perubahan ini melibatkan kenaikan antara RM5 hingga RM20 bergantung pada jenis pelan. Walau bagaimanapun, harga langganan tahunan kekal tidak berubah iaitu RM214.90 untuk Disney+ Basic dan RM289.90 untuk Disney+ Premium.
1763483812040.png

1763483845988.png

Bagi langganan yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa, pengguna akan melihat perubahan harga dalam kitaran pengebilan pada atau selepas 18 Disember 2025. Jika kitaran pengebilan berakhir sebelum tarikh tersebut tetapi pembayaran hanya berjaya diproses pada atau selepas 18 Disember 2025, harga baharu tetap akan dikenakan. Untuk langganan pelan melalui platform rakan kongsi, harga yang ditawarkan mungkin berbeza. Segala urusan pengebilan dan pengurusan akaun termasuk pembatalan akan mengikut prosedur pihak ketiga berkenaan. Untuk butiran lanjut, layari laman Disney+.​
 
Back
Top
Log in Register