BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netflix Akan Membuang Kandungan Interaktif Bermula 1 Disember

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Netflix akan mula membuang majoriti kandungan interaktif mereka bermula 1 Disember ini menurut laporan The Verge. Sebanyak 19 kandungan yang telah ditawarkan sejak 2020 akan dibuang. Sebelum ini hanya dua kandungan iaitu Minecraft: Story Mode dan Puss in Boots: Trapped in an Epic Tale dengan ini dipercayai dilakukan kerana tamatnya tempoh pelesenan dengan pemegang IP.

Trivia-QUest-Netflix-950x535.jpg.webp


Kandungan interaktif diperkenalkan bagi memberikan dimensi berbeza kepada kandungan penstriman biasa yang ditawarkan oleh Neflix sebelum ini. Netflix dilihat tidak lagi memberikan tumpuan kepada kandungan interaktif di masa hadapan dan meneruskan sokongannya dalam aplikasi mungkin dilihat sebagai usaha yang tidak wajar diteruskan. Tumpuan kandungan interaktif kini hanya diberikan kepada pembangunan permua menggunakan IP sedia ada mereka seperti Stranger Things. Senarai kandungan yang akan dibuang pada 1 Disember kelak adalah seperti di bawah;​
  1. Animals on the Loose: A You vs. Wild Movie (2021)​
  2. Barbie Epic Road Trip (2022)​
  3. Buddy Thunderstruck: The Maybe Pile (2017)​
  4. Captain Underpants Epic Choice-o-Rama (2020)​
  5. Carmen Sandiego: To Steal or Not to Steal (2020)​
  6. Cat Burglar (2022)​
  7. Choose Love (2023)​
  8. Escape The Undertaker (2021)​
  9. Headspace: Unwind Your Mind (2021)​
  10. Johnny Test’s Ultimate Meatloaf Quest (2021)​
  11. Jurassic World Camp Cretaceous: Hidden Adventure (2022)​
  12. Spirit Riding Free: Ride Along Adventure (2020)​
  13. Stretch Armstrong: The Breakout (2018)​
  14. The Boss Baby: Get That Baby! (2020)​
  15. The Last Kids on Earth: Happy Apocalypse to You (2021)​
  16. Trivia Quest (2022)​
  17. Triviaverse (2022)​
  18. We Lost Our Human (2023)​
  19. You vs. Wild: Out Cold (2021)​

Kandungan yang masih kekal selepas 1 Disember hanyalah empat tajuk di bawah;​
  1. Black Mirror: Bandersnatch (2018)​
  2. Ranveer vs Wild with Bear Grylls (2022)​
  3. Unbreakable Kimmy Schmidt: Kimmy vs. the Reverend (2020)​
  4. You vs. Wild (2019)​
 
Back
Top
Log in Register