BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Xiaomi Perlihat Rekaan Xiaomi 17 Pro Max, Tampil Dengan Paparan Kedua

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Xiaomi kini berkongsi video teaser Xiaomi 17 Pro dan Xiaomi 17 Pro Max, sekali gus memperlihatkan secara rasmi telefon pintar pertama di dunia yang akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Dijadualkan pelancaran hujung bulan ini, kedua-dua model ini menampilkan bar kamera dengan paparan kedua yang dipanggil "Magic Back Screen". Melalui perkongsian video di Weibo, paparan kedua ini dilihat mampu melakukan pelbagai fungsi, termasuk memaparkan muka jam berbeza, panel swafoto untuk kamera belakang, maklumat aplikasi serta mungkin lebih banyak ciri menarik lain yang belum didedahkan.
1758105367016.png

Sebagai rujukan, ini bukanlah kali pertama Xiaomi mencuba paparan belakang pada telefon pintar andalannya. Mi 11 Ultra, yang dilancarkan pada 2021, juga hadir dengan panel AMOLED kecil 1.1-inci di bahagian belakang, tetapi fungsinya jauh lebih terhad. Selain paparan kedua yang menarik perhatian, Xiaomi 17 Pro dan 17 Pro Max juga menampilkan logo Leica di bawah kamera, mengesahkan bahawa kedua-dua jenama ini sekali lagi bekerjasama untuk menyelaraskan sistem fotografi telefon pintar tersebut. Menjelang pelancaran tidak lama lagi, pastinya lebih banyak butiran menarik akan didedahkan.​
 
Back
Top
Log in Register