BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Huawei Nova 15 Ultra Di Perlihatkan Dengan Rekaan Baharu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Pernahkah anda mendengar ungkapan ‘hampir sama tetapi tidak’? Melihat kepada rekaan Huawei Nova 15 Ultra, ia mengingatkan kita kepada bonggol besar yang digunakan pada iPhone 17 Pro. Walaupun kelihatan serupa, HUAWEI melakukan perubahan dengan meletakkan kemasan dua bonggol di bahagian belakang. Satu bulatan digunakan untuk menempatkan sensor kamera, dengan tiga sensor kelihatan tanpa sebarang butiran lanjut mengenai konfigurasinya. Satu lagi bulatan dengan lingkaran hitam masih belum dapat dipastikan kegunaannya, sama ada sekadar hiasan atau mempunyai fungsi tertentu yang mungkin akan diketahui dalam beberapa minggu akan datang. Apa yang pasti, ia turut menempatkan LED Flash bersama penjenamaan XD Portrait padanya.​

1766060057279.png

Bahagian belakang peranti diberikan nafas baharu dengan kemasan bergaris khususnya untuk warna hijau dan ungu. Dalam masa yang sama, terdapat juga pilihan minimalis dengan kemasan serba hitam. Tubuh peranti kelihatan rata di bahagian belakang dengan sisi yang membulat manakala skrin hadapan belum diperlihatkan tetapi dipercayai turut menggunakan rekaan rata. Penjenamaan Huawei Nova jelas kelihatan pada bahagian tengah belakang peranti. Siri ini dijangka hadir dalam beberapa variasi lain termasuk model Pro sebagaimana generasi sebelumnya. Boleh dikatakan, rekaan kali ini lebih segar dan berbeza. Tiada maklumat lanjut mengenai cip pemproses mahupun perkakasan lain setakat ini, namun kemas kini rasmi daripada Huawei tentunya diumumkan tidak lama lagi. Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 22 Disember 2025 di China.​
 
Huawei Nova 15, 15 Pro & 15 Ultra Di Lancarkan Dengan Kirin 9010S

Siri Huawei Nova 15 dilancarkan di China dengan tiga model baharu Nova 15, Nova 15 Pro dan Nova 15 Ultra. Ketiga-tiga peranti memberikan penekanan kepada ciri kamera serta kapasiti bateri yang besar. Kita mulakan dengan model paling mercu iaitu Huawei Nova 15 Ultra dengan skrin 6.84″ LTPO OLED 120Hz dengan ia dipadankan dengan kaca Kunlun. Ini dipadankan pula dengan cip Kirin 9010S, storan sehingga 1TB dan bateri 6500mAh SiC yang menyokong pengecasasan berwayar 100W dan 50W nirwayar. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan apertur f/1.4 – f/4.0, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP dan sensor multispektral 1.5MP. Peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 serta IP69.
1767093097842.png

Huawei Nova 15 Pro juga dilengkapi skrin 6.84″ LTPO OLED 120Hz dengan ia dipadankan dengan kaca Kunlun. Ini dipadankan pula dengan cip Kirin 9010S, storan sehingga 512GB dan bateri 6500mAh SiC yang menyokong pengecasasan berwayar 100W sahaja. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan apertur f/1.8, ultra lebar 13MP dan telefoto 12MP. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP dan sensor multispektral 1.5MP. Peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 serta IP69. Akhir sekali Huawei Nova 15 dilengkapi skrin 6.7″ OLED 120Hz dengan ia dipadankan dengan kaca Kunlun. Ini dipadankan pula dengan cip Kirin 8020, storan sehingga 512GB dan bateri 6000mAh SiC yang menyokong pengecasasan berwayar 100W sahaja. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan apertur f/1.8, dan telefoto 12MP. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP. Peranti turut melepasi piawaian kalis air serta debu IP65 sahaja. Ketiga-tiga peranti menggunakan sistem operasi HarmonyOS 6.0 dengan model Pro dan Ultra turut menyokong komunikasi satelit.​
 
Back
Top
Log in Register