BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Honor 500 & 500 Pro Di Perlihatkan Dengan Rekaan Kacukan iPhone Air & Pixel

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Kekurangan iPhone Air terletak pada ketiadaan kamera sekunder di belakang dan bateri kecil. Kekurangan Pixel pula ialah pemproses yang tidak bertenaga. Honor 500 dan 500 Pro akan dilancarkan di China kelak dengan ia nampaknya akan menyelesaikan isu-isu Pixel dan iPhone Air serta pada waktu yang ia kelihatan seperti hasil kacukan dua peranti ini. Rekaan sebenar Honor 500 dan 500 Pro telah diperlihatkan di China. Dari belakang ia menggabungkan bonggol kamera Pixel 10 dengan lensa kamera iPhone Air. Honor 500 dilengkapi dwi kamera sementara 500 Pro pula dilengkapi tri-kamera yang bersaiz besar.
1762528890178.png

Honor 500 Pro dipercayai dilengkapi skrin 6.55″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Elite, kamera utama 200+50+64 MP, kamera swafoto 50MP, kemampuan kalis air IP69 dan bateri 8000 mAh dengan pengecasan 80W. Honor 500 pula dilengkapi skrin 6.55″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8s Gen 3, kamera utama 200+50MP, kamera swafoto 50MP, kemampuan kalis air IP69 dan bateri 8000 mAh dengan pengecasan 80W. Kedua-dua peranti mungkin dilancarkan penghujung bulan ini atau awal bulan Disember di China terlebih dahulu.​
 
Rekaan Rasmi Honor 500 Di Perlihatkan Kepada Umum

Honor berkongsi rekaan rasmi untuk siri nombor baharu mereka yang dilihat berbeza daripada pendekatan sebelum ini. Konsep terbaharu ini boleh dikatakan sebagai kacukan yang diinspirasikan daripada model terkini Apple dan Google sekali gus memberikan identiti baharu kepada siri tersebut. Rekaan bonggol kamera berbentuk bujur memanjang dan melintang digunakan dengan gabungan tiga bonggol kamera tambahan di dalamnya. Bagi versi Pro terdapat satu bonggol tambahan yang menempatkan dua sensor khusus. Buat masa ini, konfigurasi penuh yang akan digunakan pada kesemua model dalam siri ini masih belum diketahui. Namun begitu, ia dijangka menawarkan peningkatan yang lebih baik memandangkan Honor sering menambah baik siri mereka dengan penawaran seimbang antara prestasi kamera dan pengalaman pengguna.​

1763098799914.png

Pilihan warna kali ini juga lebih ceria dengan konsep yang terang khususnya merah jambu di mana berbeza daripada pendekatan mereka sebelum ini yang lebih cenderung memilih warna gelap dan seangkatan dengannya. Hal ini sudah tentu akan menarik perhatian khususnya pengguna yang gemar akan warna lembut. Tubuh kedua-dua model dilihat sepenuhnya rata manakala satu butang pada bahagian sisi kanan turut menarik perhatian kerana dipercayai digunakan untuk kawalan kamera sama seperti yang ditawarkan pada model mercu Magic8. Bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran didedahkan buat masa ini.​
 
Back
Top
Log in Register