BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Huawei Nova 14 Pro & Nova 14 Di Lancarkan Dengan Rekaan Baharu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Huawei telah melancarkan Nova 14 dan Nova 14 Pro di China dengan reka bentuk baharu dan spesifikasi yang menarik. Kedua-dua Huawei Nova 14 ini turut memberi fokus terhadap prestasi kamera yang canggih, dan pengalaman penggunaan lebih lancar.

HUAWEI-nova-14-series-C-edited.webp


Huawei Nova 14 Pro hadir dengan tubuh nipis 7.68mm yang mempunyai tekstur kristal bagi memberikan sentuhan elegan. Paparan LTPO OLED Quad Micro Curved bersaiz 6.78” FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1200nits.

Peranti menggunakan sistem kamera 50MP RYYB Variable Aperture Stabilization Lens (F1.4-F4.0) dengan OIS, 12MP RYYB telefoto potret (F2.4) dan 8MP Ultra lebar/makro (F2.2). Kamera hadapan pula sebesar 50MP + 8MP dengan kemampuan zum untuk portrait.
HUAWEI-nova-14-series-B-edited.png.webp

Terdapat juga AI Davichi Portrait Engine yang memebolehkan potret berkualiti tinggi dengan teknologi AI Magic Image Shift, serta Retouching pintar. Walaupun spesifikasi cip tidak didedahkan, ia hadir dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan sehingga 1TB. Nova 14 Pro juga dilengkapi bateri 5500 mAh dengan pengecasan 100W HUAWEI Wired SuperCharge.

HUAWEI-nova-14-series-E-edited.webp


Sementara itu, Huawei Nova 14 menggunakan skrin 6.7-inci OLED FHS+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga nipis dengan ketebalan 7.18mm dan berat hanya 192 gram. Selain itu, ia mempunyai sistem kamera 50MP RYYB Variable Aperture Stabilization Lens (F1.4-F4.0) dengan OIS, 12-MP RYYB telefoto potret (F2.4) dan 8MP Ultra lebar/makro (F2.2). Kamera hadapan pula sebesar 50MP (F2.4).

Spesifikasi cip turut tidak didedahkan tetapi ia hadir dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Nova 14 juga dilengkapi bateri 5500mAh dengan pengecasan 100W Huawei Wired SuperCharge.

HUAWEI-nova-14-series-D-edited.webp


Kedua-dua Nova 14 dikuasai oleh HarmonyOS 5 dengan pelbagai ciri berasakan AI untuk suntingan video. Ia juga menyokong mesej satelit beidou yang membolehkan komunikasi tanpa rangkaian darat. Di samping itu, ia turut menawarkan WiFi7+ untuk sambungan yang pantas. Ciri AI tambahan lain termasuk Xiaoyi Intelligent Agent untuk penguruan tugas, kekunci kawalan pintar AI untuk akses segera, pengurangan hingar AI untuk panggilan lebih jelas, dan sebagainya.​
 
Huawei Nova 14 Ultra Kini Rasmi - Skrin OLED 120Hz & Kamera 50MP

Huawei Nova 14 Ultra
turut dilancarkan sebagai model paling premium dalam siri Nova 14. Telefon ini menawarkan reka bentuk elegan bersama spesifikasi canggih. Ia mempunyai badan nipis 7.78mm dengan kaca kunlun untuk lebih tahan lasak. Ia juga dilengkapi dengan penarafan kalis air IP68/IP69 bagi memberikan perlindungan terhadap debu dan air bertekanan tinggi.

HUAWEI-Nova-14-Ultra-A-950x963.jpg.webp


Dari segi paparan, ia menggunakan skrin LTPO OLED 6.81-inci dengan resolusi FHD+ (1272 x 2860 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Teknologi nanocrystal plating serta AI Intelligent Eye Protection turut disertakan untuk pengalaman visual yang lebih selesa.

Sistem kamera terdiri daripada 50MP RYYB Variable Aperture Stabilization Lens (F1.4-F4.0) dengan OIS, 50MP RYYB periskop telefoto dengan 3.7x zum optic dan 13MP RYYB ultralebar/makro. Kamera hadapan pula menawarkan 50MP + 8MP untuk swafoto berkualiti tinggi.

HUAWEI-Nova-14-Ultra-b-edited.webp


Telefon ini dikuasakan oleh bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 100W, serta menyokong Bluetooth 5.2, GPS (L1+L5 Dual Band), NFC, dan lain-lain. Ia juga menjalankan HarmonyOS 5.0 bagi memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar​
 
Back
Top
Log in Register