BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Huawei Mate X7 Di Lancarkan Ke Pasaran Global

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Generasi baharu peranti boleh lipat Huawei Mate X7 telah dilancarkan ke pasaran global semalam dengan UAE dan Arab Saudi menjadi dua negara pertama menerimanya. Peranti ini menawarkan pengalaman skrin besar yang lebih baik di samping lebih banyak ciri berasaskan AI yang memudahkan penggunaan harian. Peranti hadir dengan paparan utama Flexible LTPO OLED bersaiz 8 inci FHD+ (2416 × 2210 piksel) yang dipadankan dengan skrin sekunder 6.49 inci FHD+ (2444 × 1080 piksel). Kedua-dua paparan menyokong kadar segar semula 120Hz, menampilkan 1.07 bilion warna, serta kecerahan puncak 3000nits.​

1766063845218.png

Perkakasan dalaman Huawei Mate X7 dikuasai oleh cip Kirin 9030 Pro dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM serta storan 512GB. Peranti global juga menjalankan EMUI 15.0 dengan bukannya HarmonyOS. Selain itu, ia dilengkapi bateri berkapasiti 5600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan juga kalis air IP58/59. Huawei Mate X7 turut dilengkapi sistem kamera utama 50MP dengan aperture berubah-ubah F1.49–F4.0, sensor RYYB serta sokongan OIS. Ia diikuti oleh kamera ultra-lebar 40MP (apertur F2.2, RYYB), telefoto makro 50MP dan sensor warna generasi kedua. Selain itu, kamera swafoto 8MP turut disediakan pada kedua-dua belah skrin peranti. Huawei Mate X7 dijual pada harga SAR 6999 (~RM 7653) di Arab Saudi untuk versi dengan 16GB RAM dan storan 512GB. Masih tiada maklumat sama ada peranti lipat ini akan dipasarkan ke Malaysia kelak.​
 
Huawei Mate X7 Bakal Memasuki Pasaran Malaysia - Tempahan Awal Kini Di Buka

Kemaskini terbaharu daripada Huawei memperlihatkan kehadiran peranti boleh lipat baharu Mate X7 untuk pasaran Malaysia. Dengan slogan ‘Unfold the Moment’, Huawei memberi isyarat bahawa peranti mampu menawarkan pengalaman yang lebih mengujakan, di samping rekaan premium yang eksklusif dalam kelasnya. Tempahan awal bagi Mate X7 kini telah dibuka dengan deposit sebanyak RM80. Pelanggan berpeluang menikmati rebat sehingga RM800, selain berpeluang memenangi peranti Mate X serta baucar rebat sehingga 15% diskaun. Lebih menarik, tempahan awal ini turut disertakan dengan hadiah eksklusif yang merangkumi perlindungan skrin selama setahun bernilai RM2,299, Huawei Watch 5 46mm, Huawei MatePad 11.5 WiFi (6GB+128GB), papan kekunci pintar Huawei MatePad 11.5″ serta jaminan lanjutan selama setahun.
1768377885217.png

Huawei Mate X7 hadir dengan skrin utama berukuran 8 inci serta skrin sekunder 6.49 inci. Kedua-dua skrin ini menggunakan panel LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi sehingga 2416 × 2210 piksel. Peranti ini ditawarkan dengan satu pilihan memori sahaja iaitu 16GB RAM bersama storan dalaman 512GB ROM tanpa maklumat lanjut mengenai cip pemproses. Sistem kamera pula terdiri daripada 50MP Ultra Lighting HDR Camera (aperture F1.49~F4.0, OIS), 40MP Ultra-Wide-Angle aperture F2.2, RYYB), 50MP Telephoto Macro (aperture F2.2, RYYB, OIS), serta True-to-Colour Camera. Untuk kamera swafoto, Mate X7 dilengkapi dengan sensor 8MP bagi skrin luar dan skrin dalam. Selain itu, ia turut disokong oleh bateri 5600mAh dengan pengecasan pantas 50W melalui port USB-C.​
 
Back
Top
Log in Register