notepad
Legendary Member

- Messages
- 15,750
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,750
- Reaction score
- 2,180
- Points
- 266
oleh Helmi Samsuri
diterbit pada Mei 2, 2020
Baru-baru ini, laman Forbes telah mengeluarkan laporan menyatakan Xiaomi mengumpul data peranti pengguna. Isu ini dikesan oleh penyelidik sekuriti siber, Gabi Cirlig melalui Redmi Note 8 miliknya.
Cirlig mendakwa aplikasi pelayar web pra pasang pada peranti itu merekod semua halaman web yang dikunjungi beliau. Malah ia dikatakan juga menyimpan carian yang dibuat pada mod incognito Google Chrome serta platform carian DuckDuckGo.
Selain itu, Cirlig mendapati peranti turut merekod aktiviti lain termasuklah fail mana yang dibuka. Data-data ini kemudiannya dihantar ke pelayan yang berada di Singapura dan Rusia walaupun domain web dihoskan di Beijing.
Menurut Cirlig dalam laporan itu lagi, beliau memuat turun perisian untuk model-model lain seperti Mi 10, Redmi K20 dan Mi Mix 3 dan mengesahkan kesemuanya mempunyai isu privasi tersebut.
Seorang lagi penyelidik, Andrew Tierney juga mendapati isu sama berlaku pada aplikasi Mi Browser Pro dan Mint Browser yang kedua-duanya sudah dimuat turun 15 juta kali dari Google Play Store.
Lanjutan daripada itu, Xiaomi ada membuat kenyataan balas terhadap penemuan penyelidik tersebut dan mengatakan ia adalah tidak benar.
Jurucakap syarikat juga mengesahkan data pelayaran web dikumpul dan informasi tersebut tidak dikenali serta tidak terikat dengan mana-mana identiti pengguna. Mereka mengatakan pengguna telah bersetuju dengan penjejakan data tersebut.
Namun berdasarkan laporan Forbes, Cirlig dan Tierney mengesan bahawa bukan hanya data pelayaran yang dikutip tetapi turut sama melibatkan data peranti. Ini termasuklah nombor khusus untuk pengenalan peranti secara spesifik dan versi Android.
Sumber: Forbes
Exclusive: Warning Over Chinese Mobile Giant Xiaomi Recording Millions Of People’s ‘Private’ Web And Phone Use
Commuters pass by Xiaomi Note 10 Pro smartphone advertisement at its flagship store in Hong Kong. ... [+]
Budrul Chukrut/SOPA Images/LightRocket via Getty Images

https://cari.gold/dakwaan-xiaomi-kumpul-data-penggunaan-pengguna-xiaomi-beri-kenyataan-balas/