BTC USD 19,290.9 Gold USD 1,809.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Xiaomi Kumpul Data Penggunaan Pengguna, Xiaomi Beri Kenyataan Balas

notepad

Legendary Member
gem
Messages
10,512
Joined
Sep 17, 2011
Messages
10,512
Reaction score
1,030
Points
206
oleh Helmi Samsuri
diterbit pada Mei 2, 2020

Baru-baru ini, laman Forbes telah mengeluarkan laporan menyatakan Xiaomi mengumpul data peranti pengguna. Isu ini dikesan oleh penyelidik sekuriti siber, Gabi Cirlig melalui Redmi Note 8 miliknya.

Cirlig mendakwa aplikasi pelayar web pra pasang pada peranti itu merekod semua halaman web yang dikunjungi beliau. Malah ia dikatakan juga menyimpan carian yang dibuat pada mod incognito Google Chrome serta platform carian DuckDuckGo.

Selain itu, Cirlig mendapati peranti turut merekod aktiviti lain termasuklah fail mana yang dibuka. Data-data ini kemudiannya dihantar ke pelayan yang berada di Singapura dan Rusia walaupun domain web dihoskan di Beijing.

Menurut Cirlig dalam laporan itu lagi, beliau memuat turun perisian untuk model-model lain seperti Mi 10, Redmi K20 dan Mi Mix 3 dan mengesahkan kesemuanya mempunyai isu privasi tersebut.

Seorang lagi penyelidik, Andrew Tierney juga mendapati isu sama berlaku pada aplikasi Mi Browser Pro dan Mint Browser yang kedua-duanya sudah dimuat turun 15 juta kali dari Google Play Store.

Lanjutan daripada itu, Xiaomi ada membuat kenyataan balas terhadap penemuan penyelidik tersebut dan mengatakan ia adalah tidak benar.

Jurucakap syarikat juga mengesahkan data pelayaran web dikumpul dan informasi tersebut tidak dikenali serta tidak terikat dengan mana-mana identiti pengguna. Mereka mengatakan pengguna telah bersetuju dengan penjejakan data tersebut.

Namun berdasarkan laporan Forbes, Cirlig dan Tierney mengesan bahawa bukan hanya data pelayaran yang dikutip tetapi turut sama melibatkan data peranti. Ini termasuklah nombor khusus untuk pengenalan peranti secara spesifik dan versi Android.
Sumber: Forbes

Exclusive: Warning Over Chinese Mobile Giant Xiaomi Recording Millions Of People’s ‘Private’ Web And Phone Use


960x0.jpg


Commuters pass by Xiaomi Note 10 Pro smartphone advertisement at its flagship store in Hong Kong. ... [+]
Budrul Chukrut/SOPA Images/LightRocket via Getty Images

https://cari.gold/dakwaan-xiaomi-kumpul-data-penggunaan-pengguna-xiaomi-beri-kenyataan-balas/
 
Sponsored Post

imatheonlyone

Legendary Member
gem
Messages
13,575
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,575
Reaction score
560
Points
171
Adakah benar atau sekadar alasan untuk jatuh Kan satu lagi brand handphone Dari china
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
363,634
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
363,634
Reaction score
21,744
Points
2,836
Awards
1
Sebagai pengguna
Bila nak pakai gajet
Mesti kena setuju dengan terma dan syarat nya dulu
Boleh jadi yang dah termaktub dalam terma dan syarat yang mana telah dipersetujui sebelum boleh akses gajet
 

MuslimProgrammer

Legendary Member
gem
Messages
10,223
Joined
Apr 30, 2014
Messages
10,223
Reaction score
2,530
Points
261
Awards
1
apa2 barang teknologi yg uruskan data orang ni, mmg boleh jadi diorang buat something dgn data kita..... apa2 brand, malah org yg duk tuduh xiaomi tu sendiri pun maybe dia pun banyak curi data orang dengan aplikasi yang dia buat....

so, nak guna teknologi mana tu atas dasar kita percaya ke tak guna brand tu....

kalau aku, aku percaya dgn brand xiaomi..... kemungkinan utk dia curi data aku tu mungkin ada...

tapi tu lah, bergantung pada masing2..
kalau ko percaya brand tu, ko guna je lah...
kalau rasa sangsi, tak payah guna....
kalau rajin dan ada ilmu nak siasat brand tu buat dajjal ke tak, haa, jadi lah mcm penyelidik sekuriti siber mcm kat atas tu (Gabi Cirlig), siasat dan kongsikan penemuan tu pada org lain

sebab,,, sebenarnya, bagus jugak bila ada berita mcm ni...bila ada yg rajin siasat mcm ni...
hikmahnya
- membuatkan kita lebih berhati-hati
- dan membuatkan sesebuah company tu sendiri berusaha sehabis mungkin utk protect data org lain,, kalau company tu buat buruk pada data orang, tengok la org semua boikot...mcm yahoo mail, org dah tak guna (sbb dah pernah berlaku ada vulnerability kebocoran maklumat dan sebagainya)
 

mbpuser

Active+ Member
Messages
3,833
Joined
Sep 10, 2012
Messages
3,833
Reaction score
8
Points
25
Security software boleh prevent x data leakage macamni?
Atau sbb dia dah embedded dalam system file so even security software pun x boleh detect
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,496
Joined
Jul 1, 2008
Messages
38,496
Reaction score
3,432
Points
261
Awards
1
Adakah benar atau sekadar alasan untuk jatuh Kan satu lagi brand handphone Dari china

mana ada alasan... memang pon... aku sendiri ada beli mi 9 t pro.. 1st hp setup.. semua apps preload nak pakai mtk permission sekian2.. ayat awal terma dia meamng data kita akan digunekan utk bla.... bla... bla...
 

imatheonlyone

Legendary Member
gem
Messages
13,575
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,575
Reaction score
560
Points
171
mana ada alasan... memang pon... aku sendiri ada beli mi 9 t pro.. 1st hp setup.. semua apps preload nak pakai mtk permission sekian2.. ayat awal terma dia meamng data kita akan digunekan utk bla.... bla... bla...

Tp boleh deny X bila dia mintak permission Tu??
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,496
Joined
Jul 1, 2008
Messages
38,496
Reaction score
3,432
Points
261
Awards
1
Tp boleh deny X bila dia mintak permission Tu??

leh deny tapi apps x leh pakai la ... agree baru apps leh pakai... tapi ada yg still run klu denny permission tu.. tgk gak la.. mostly yg melibatkan internet mcm MI browser.. Mi security mi cloud tu memang kene accept permission.. mcm MI calculator Mi nota tu leh la deny still leh pakai apps tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register