Bahagian 9 - Pesanan Terakhir Malam 2 Julai
Saya akan cuba pulang malam ini tetapi jika sempat, tak perlu tunggu saya, saya akn datang esok.”. Inilah kata-kata terakhir Allahyarham datuk Mazlan Idris pada isteri ketiganya, Datin Faridah Zainuddin.
Pada Khamis 22 Julai, Faridah tidak dapat menahan perasaannya apabila berada di Hospital Daerah Raub untuk mengenali suaminya yang telah dijumpai. Datuk Mazlan ditemui mati dibunuh begitu kejam di Kampung Pamah Dong. Pada Khamis itu mayat Mazlan dijumpai dalam keadaan ngeri. Mayatnya dipotong kepada 18 bahagian.
Dia seorang yang ternama bukan sahaja di Raub tetapi diperingkat nasional.”Saya tidak menyangka ada orang yang sanggup bertindak sekejam ini,” kata ibu tiri Mazlan, Puan Zaleha Mat.
Melalui maklumat orang ramai dan hasil kerja keras pasukan polis, pada jam 4.30 pagi, mayat Mazlan ditemmui dengan pecahan 18 bahagian tertanam sedalam 1.8meter dalam sebuah bilik stor rumah separuh siap. ‘Kami ke Ulu Dong untuk menggali tempat yang disyaki dan menjumpai mayat Mazlan yang dipotong beberapa bahagian.” Ujar Zaman Khan ketika ditemui oleh pemberita di tempat kejadian. Zaman yang mengetuai gerakan tersebut berkata seorang ahli patalogi dari KL yang memeriksa mayat tersebut mngesahkan ia adalah mayat Mazlan. Polis menjumpai sebilah kapak
dan dua bilah parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan berhampiran kawasan mayat tersebut. Juga ditemui sepucuk revolver.38 dan sebuah telefon bimbit milik Mazlan tertanam bersama mayatnya.
Patung Hindu antara yang dijumpai berhampiran rumah Mazlan. Datuk Zaman enggan mengulas lanjut hasil penemuan mayat Mazlan dan barang-barang tersebut. Tetapi apa ynag diperkatakn Datuk Zaman ialah “ hasil siasatan polis menunjukkan kajadian tersebut bukan bermotifkan politik.”
