BTC USD 27,875.3 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

X File - Mona Fandey

Sponsored Post

jamal karim

Junior Member
Messages
52
Joined
Feb 19, 2012
Messages
52
Reaction score
3
Points
11
Bahagian 15 - Pak Tua Yang Berani

Penduduk asal Ulu Dong, Zulkopli Kudin, 62, atau lebih mesra dipanggil Pak Tua, bersetuju membawa penulis meninjau tapak rumah separuh siap itu yang pernah menjadi kediaman sementara kepada pasangan bomoh, Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau Mona Fandey serta pembantu mereka, Juraimi Husin.Pak Tua yang pernah bertugas di Majlis Daerah Raub, kini menternak ikan kelah di Kampung Pamah Rawas, berhampiran Kampung Pamah Dong, memberitahu penulis, dulunya rumah itu boleh dilihat dengan jelas dari tepi jalan saja.

Tapi kini, persekitarannya ditumbuhi belukar dan penulis dibawa Pak Tua ke lokasi pembunuhan berprofil tinggi itu menerusi jalan belakang, berhampiran tebing curam Sungai Dong.Jam menunjukkan tepat 12.15 tengah hari apabila Pak Tua yang menunggang motosikal, tiba di lokasi seperti dijanjikan. Beliau membawa penulis dan jurugambar meredah belukar menuju ke tapak rumah separuh siap itu.

Selepas 10 minit berjalan kaki, lokasi pembunuhan Mazlan, berada betul-betul di hadapan mata kami. Jantung berdegup kencang, berderau darah, namun Pak Tua memberi keyakinan kepada kami, tiada apa-apa akan berlaku.Persekitarannya sangat sunyi, hanya kedengaran suara cengkerik walaupun pada siang hari. Rumah yang nampak seperti sudah dirobohkan pada beberapa bahagian itu, dipenuhi dengan belukar, bahkan sebatang pokok besar tumbuh di bahagian dapur, manakala akarnya menyusuri dinding rumah.
"Dulu, rumah ini menjadi tumpuan kegiatan khurafat, justeru ia dirobohkan supaya ia tidak boleh didiami. Tapi, inilah tapak lokasi pembunuhan arwah Mazlan," kata Pak Tua pada awal perbualan kami.Pak Tua menunjukkan kepada penulis terowong rahsia, bersambung dengan lubang di bawah rumah berkenaan yang menjadi tempat mayat Mazlan ditanam.

Jelasnya, lubang berkenaan asalnya digali sebagai laluan rahsia kepada pasangan bomoh itu untuk masuk ke dalam rumah. Tapi, apabila Mazlan dibunuh, mayatnya ditanam di dalam lubang berkenaan. Pak Tua juga menunjukkan kepada penulis, bekas besar seperti tangki air yang tidak digunakan, dijadikan tempat mayat Mazlan disembunyikan sebelum ditanam di dalam lubang berkenaan dan permukaannya disimen.

"Saya difahamkan, banyak kesan percikan darah ditemui di satu bahagian rumah ini. Polis menggali lubang dipercayai lokasi mayat Mazlan ditanam dan menemui 18 bahagian anggota badannya yang dikerat."Pada malam kejadian, saya baharu balik menjala ikan di Sungai Dong, berhampiran rumah berkenaan. Sebaik saja saya melintas di depan rumah itu, saya terpandang kelibat Mona (Fandey). Beliau berdiri di muka pintu rumah separuh siap ini.
"Keesokan harinya, saya dapat tahu pada malam kejadian, sepasukan polis dari Kuala Lumpur, diketuai Tan Sri Zaman Khan, menemui mayat Mazlan ditanam di dalam lubang ini selepas arwah dilaporkan hilang selama beberapa hari," cerita Pak Tua yang masih kuat kudratnya walaupun semakin dimamah usia.Pak Tua juga membawa kami meninjau beberapa bahagian lain di dalam rumah itu, termasuk bilik tidur Mona dan suaminya.

Katanya, sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik berkenaan, kecuali suami isteri itu saja. Terangnya lagi, bilik Juraimi pula terletak di bahagian belakang rumah itu, bersebelahan dengan dapur.Tambah Pak Tua, dua minggu sebelum kejadian pembunuhan itu, beliau pernah terserempak dengan Mona di pekan Ulu Dong berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Dong, namun mereka tidak sempat berbual."Ketika bertemu Mona, hati kecil saya berbisik, ada kejadian buruk akan menimpa Ulu Dong. Tak lama selepas itu, penduduk kampung digemparkan dengan penemuan mayat Mazlan di rumah yang didiami Mona," kata Pak Tua mengakhiri ceritanya.









 
Last edited:

eday84

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,696
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,696
Reaction score
146
Points
128
What the fuuu dalam sesat pun masih mengaji Al Quran.. ilmu apa yang dia guna ya?

"Yang sering saya dengar ialah Mona selalu mengaji Al Quran di rumah. Saya tahu dia memang membaca ayat suci kerana saya juga pandai mengaji"

Soalan saya lebih kepada kenapa jin siam (yang dia baca mantera malam2 tu), tak turut terbakar waktu baca al quran..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register