BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wujud Ke Kehidupan Lain Di Galaksi Lain

tadi baru pas tngk cerita knowing...baru ku sedar LUAS galaxy NI..hehehe
 
aku rasa mcm aku ni "kuman" yg stuck dekat sebijik bola..
mcm tu lah hari2 aku rasa..

hidup dgn persoalan apa yg ada di kiri dan kanan universe....

hidup dgn persoalan lebih memeritkan beb

saintis sendiri tak nampak penghujung kiri dan kanan, yg pasti size angkasa lepas semakin membesar :D
 
Lelaki temui ‘wajah makhluk asing’ pada gunung di Marikh

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan percaya bahawa dia telah menemui ukiran wajah makhluk asing pada batuan di sebuah gunung di Planet Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Scott C Waring merakam penampakan wajah aneh itu baru-baru ini.

Dia percaya bahawa ukiran tersebut mungkin berusia sehingga 10,000 tahun dan boleh menjadi bukti bahawa terdapat kehidupan lampau yang menghuni planet itu.

“Saya menjumpai wajah makhluk asing kuno yang diukir daripada pandangan sisinya di atas sebuah gunung.

“Wajah itu dibina di lereng gunung dan mirip arca-arca Presiden Amerika Syarikat yang diukir pada Gunung Rushmore Melihat kepada permukaannya, saya fikir ini berusia lebih 10,000 tahun,” katanya.

Tambah Waring, wajah itu memberikan gambaran tentang wajah makhluk asing di Marikh.

Dia juga menganggap makhluk asing itu sebagai pintar kerana mengukir wajahnya pada bahagian sisi gunung itu.

“Ini merupakan bukti yang tidak dapat disangkal lagi bahawa kehidupan pintar pernah menghuni planet Marikh,” katanya.
– Agensi
 
teknologi kita smpai keluar galaksi lain dah ada, cuma nak bawa manusia ke sana tu yang xberani lagi :">:">
Pergi ke Bulan pun dah 3 hari. Pergi ke Marikh pun sudah 7 bulan.
Cahaya matahari sampai ke bumi pun perlu 8 minit padahal kelajuan cahaya adalah 299792km/sec.
Planet dan Bintang ni kalau di kaji boleh menganga mulut kita di buatnya.
 
Pergi ke Bulan pun dah 3 hari. Pergi ke Marikh pun sudah 7 bulan.
Cahaya matahari sampai ke bumi pun perlu 8 minit padahal kelajuan cahaya adalah 299792km/sec.
Planet dan Bintang ni kalau di kaji boleh menganga mulut kita di buatnya.
diluar kemampuan manusia,
teori ada tapi merealisasikan tu yg xboleh...

kalau manusia boleh bergerak kelajuan cahaya pun batas umur yg jd penghalang,
 
Kapal makhluk asing didakwa menjunam dari langit

AZPEITIA, SEPANYOL – Sebuah klip video memaparkan rakaman objek terbang tidak dikenali (UFO) menjadi tular di media sosial dengan ramai pengguna berpendapat ia rakaman tulen yang boleh dipercayai, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam klip video dirakam menggunakan teropong penglihatan malam oleh individu bernama Xan Bernardo itu, sebuah bebola besar dilihat berlegar-legar di langit bandar Azpeitia, Sepanyol.

Pergerakan objek tersebut dapat dilihat dengan jelas menggunakan cahaya inframerah ketika ia bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain.

Secara tiba-tiba, objek itu menjunam ke bawah dengan pantas dan hilang dari penglihatan.


Klip video itu dikongsikan di YouTube saluran The Hidden Underbelly 2.0 yang menyifatkan rakaman itu sebagai hebat.

“Objek itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya perlu menggunakan teropong penglihatan malam.

“Kami melihat objek tersebut berlegar-legar dan secara tiba-tiba ia menjunam ke bawah dengan pantas.

“Bagi saya, pergerakan itu sukar dilakukan oleh mana-mana objek lain,” kata keterangan pada video tersebut.

Video rakaman itu ditonton sebanyak beratus-ratus kali dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna dengan ramai yang berpendapat bahawa ia adalah kapal angkasa makhluk asing.

“Amat menarik terutamanya cara ia menjunam ke bawah. Ia juga kelihatan seperti hilang begitu sahaja,” kata seorang pengguna.

“Bagi saya, ia kelihatan seperti hologram,” kata seorang pengguna yang skeptikal. – Agensi
 
kalau percaya kepada perkara ghaib, kewujudan makhluk asing kemungkinan besar nya ada... takkan semua makhluk hanya wujud dlm bentuk fizikal spt kita atau apa yg kita boleh lihat sahaja, dan alam ini spt yg kita ketahui sekarang sahaja...

kalau galaksi serta bintang2 dan planet2 serta segala isinya boleh berbillion, bukan masalah pun untuk dimensi juga berbillion... parallel dimensions... dan tak semestinya setiap satunya perlu berhubungkait... menafikan ini bermaksud mengatakan kuasa pencipta itu terbatas... dan mungkin tak bermaksud untuk kita tahu pun...

dan makhluk dan dimensi lain tak perlu tertakluk kepada hukum fizik, biologi dan kimia kita sekarang... tak rasa pun kita ni unik dan segala hukum alam kita adalah standard untuk semua...

dan keluasan alam semesta yg kita huni ini pun terlampau luas... galaksi yg terdekat pun dalam jarak "tahun cahaya"... katakan satu planet kita terjumpa sekarang ada kehidupan dan jaraknya 1000 tahun cahaya dari bumi... itu bermaksud yg kita nampak itu adalah kehidupan 1000 tahun cahaya yang lalu, bukannya sekarang... apa yg ada di planet itu sekarang, "kita" cuma akan boleh lihat 1000 tahun cahaya yg akan datang kalau masih dgn teknologi yg kita ada sekarang... kewujudan manusia di bumi ini pun tak sampai lagi 100,000 tahun?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register