BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wook sepi, teringin jumpa suami di KL

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
HULU TERENGGANU - Hatinya teringin sangat hendak bertemu suami di Kuala Lumpur, apakan daya dia tidak mampu hendak ke sana.

Itulah nasib warga tua, Wook Kundur, 107, yang benar-benar mahu berjumpa suami tersayang, Mohd. Nor Musa, 38, yang kini menjalani rawatan pemulihan dadah di Sungai Besi sejak dua minggu lalu.

Menurut Wook, dia berhasrat melawat suaminya kerana kesepian, tetapi tidak mampu untuk berbuat demikian seorang diri.

"Saya dah tua dan tak larat. Lagipun belanja nak ke sana pun besar, saya mana ada duit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini kelmarin.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan Wook terpaksa 'berpisah' dengan Mohd. suaminya selepas ditahan di rumahnya oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana menagih dadah.
 
sian wok..mana anak2 dia......xmo tolong pi anto ker......
 
Back
Top
Log in Register