BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wong Chen letak jawatan ahli Dewan Rakyat, kosongkan kerusi Subang

There will be Massive exodus from PKR
Ada rumours kata PKR bakal keluar PH join BN-PN
 

Wong Chen letak jawatan ahli Dewan Rakyat, kosongkan kerusi Subang​

3be96c20-5_wong_chen_mp_subang_asia_youth_economic_forum_moganraj_fmt_14022025-copy-6.jpg

Wong Chen mewakili rakyat Subang sejak 2018, mempertahankan kerusi Parlimen itu sebagai calon PKR pada PRU 2018 dan 2022.

Wong mewakili rakyat Subang sejak 2018, mempertahankan kerusi itu sebagai calon PKR pada PRU 2018 dan 2022.

Wong mempamerkan surat peletakan jawatan yang diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, pada 5 Ogos lalu, di Facebook.

Katanya, jarak masa itu telah dipersetujui terlebih dahulu antara mereka, “bagi memberi tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai Parlimen untuk membuat persiapan bagi kekosongan kerusi Parlimen Subang”.

Menurutnya, gelaran ‘Yang Berhormat’ pada semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat akan digugurkan menjelang bulan depan.

Wong juga mengumumkan beliau akan mengadakan sidang media pada Rabu.

Wong turut berkongsi video memaparkan beliau memasukkan buku-buku dalam suatu kotak, beberapa minit sebelum pengumuman ini.



BERITA LANJUT MENYUSUL
Muka ni, sama seperti rafizi dan nazmi....geng masuk politik untuk cari makan.....bukan sebab semangat patriotik pun.......kalau lepas ni orang masih undi muka ni, memang cannot brain la..
 

Ahli Parlimen Subang Wong Chen Letak Jawatan​

dd56f1b2b7b4beda6d93240dc96657a76a79a03030ac5


Ahli Parlimen Subang Wong Chen secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa 5 petang, hari ini.

Beliau yang telah berkhidmat selama tiga penggal, mengesahkan surat peletakan jawatan secara rasmi telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, pada 5 Ogos lepas.

Wong Chen menerusi hantaran di Facebook beliau berkata penyerahan awal notis itu, dibuat bagi memberi ruang kepada pentadbiran Parlimen membuat persediaan sewajarnya.

Beliau turut berkongsi salinan surat rasmi bertarikh 5 Ogos 2026 yang menyatakan peletakan jawatan dan pengosongan kerusi Parlimen Subang dilakukan secara sukarela, selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tan Sri (Johari) dan seluruh warga Parlimen Malaysia atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang baik selama tiga penggal saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen,” katanya dalam surat berkenaan.

Wong Chen turut memaklumkan beliau akan mengadakan satu sidang media khas berhubung peletakan jawatannya itu, pada pukul 11 pagi, esok.

Susulan itu, beliau berkata penggunaan gelaran honorifik “Yang Berhormat” pada semua papan iklan, papan tanda serta urusan surat-menyurat pejabatnya akan dikeluarkan bermula bulan hadapan.

 
Back
Top
Log in Register