BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WIEW 2027 Perkukuh Kerjasama Ekonomi Islam, Pendidikan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

WIEW 2027 Perkukuh Kerjasama Ekonomi Islam, Pendidikan​

a7f99bd39cc65047f68515bd2d85e1106a6ddd79e1626

Pengerusi Olympia Education Malaysia dan Pembangunan Ekonomi Islam Sedunia Tan Sri Datuk Seri Dr Yusoff Noor menyampaikan ucapan pada Majlis Kerjasama Strategik Olympia dan Penglibatan Impak Komuniti sempena Sidang Kemuncak Global dan Anugerah Kecemerlangan Wanita Berpengaruh, Berwibawa dan Bermaruah (W.I.S.H.) di sebuah hotel.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Olympia Education Malaysia dan World Islamic Economic Development (WIED) akan menganjurkan World Islamic Economic Week (WIEW) dari 19 hingga 25 April 2027 yang menjadi platform menghubungkan ilmu pengetahuan, industri, keusahawanan dan ekosistem ekonomi Islam yang lebih luas.

Pengerusi Olympia yang juga Pengerusi WIED Tan Sri Dr Yusoff Noor berkata WIEW 2027 bertujuan memudah cara perbincangan dan memperluas kerjasama berkaitan peluang ekonomi yang sedang berkembang serta pembangunan mampan.

“Inisiatif ini mencerminkan aspirasi Olympia untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi berasaskan ilmu, nilai, inovasi dan kemampanan selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan dan ekonomi Islam bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Olympia Strategic Collaboration & Community Impact Engagement 2026 yang dianjurkan sempena Sidang Kemuncak Kepimpinan Global W.I.S.H anjuran Olympia di sini.

Majlis itu turut menyaksikan prapelancaran WIEW 2027 serta beberapa inisiatif oleh Olympia dan WIED termasuk Sustainable Halal Economy Leadership Programme (SHELP), Kempen Amanah Tunai, Aset dan Pusaka Digital Rakyat (e-ATAP) dan Kuala Lumpur Education Centre (KLEC).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Olympia Datuk Seri Rani Osman berkata penganjuran WIEW 2027 akan diperkukuh menerusi kerjasama dengan pemain industri halal, institusi pengajian tinggi, Halal Development Corporation (HDC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), majlis agama Islam serta pelbagai agensi berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register