BTC USD 80,569.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

What Is Al-quran?

FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 8

Hazrat 'Abdul Rahman bin 'Auf R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

"Tiga perkara akan berada di bawah naungan 'Arasy ALLAH TAALA pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengisytiharkan, "ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka ALLAH TAALA akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), sesiapa yang memutuskan daku maka ALLAH TAALA akan memutuskannya (daripada rahmatnya)."

(Hadith diriwayatkan dalam kitab Sharhussunnah)
 
Last edited:
FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 9

Hazrat 'Abdullah bin 'Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

"(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, "Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca."

(Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)
 
Last edited:
FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 10

Hazrat 'Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu 'hasanah' (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata ('Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf."

(Hadith riwayat Tirmizi)
 
Last edited:
dah penuh dengan fadhilat la pulak thread aku nih, ahakss
 
FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 9

Hazrat 'Abdullah bin 'Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

"(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, "Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca."

(Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)

apa ayat terakhir yg diturunkan dalam Al-quran yer? takat copy paste ramai kt sini leh buat,but thanks anyway sebab kasi banyak post kt thread nih, really appreciate it :)
 
apa ayat terakhir yg diturunkan dalam Al-quran yer? takat copy paste ramai kt sini leh buat,but thanks anyway sebab kasi banyak post kt thread nih, really appreciate it :)

banyak post tak penting.

yang penting kita bicarakan soal ilmu:D
ilmu ni sesuatu yang baik dan sebagai umat islam kita wajib menuntut ilmu.....:)cgrock :)cgrock

sesuatu yang kita tau kita perlu sampaikan kepada orang lain.....
 
Back
Top
Log in Register