BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

What Is Al-quran?

FADHILAT AL-QURA'AN

Hadith 2

Hazrat Abu Sa'id RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"ALLAH TAALA berfirman, "Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKU dan berdoa kepadaKU kerana sibuk dengan al-quran maka aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang AKU kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKU. Ketinggian perkataan ALLAH TAALA ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian ALLAH TAALA ke atas segala makhluk (ciptaan NYA)."

(Hadith riwayat Tirmizi, Darimi, dan Baihaqi)

rasanya encik Wea Izhe tergolong dalam sibuk dgn Quran,
:)cgrock
 
rasanya encik Wea Izhe tergolong dalam sibuk dgn Quran,
:)cgrock

ni ayat puji ke perli?x pe lah aku terima sumer,bukan x de sebelum ni yg cakap aku ni macam-macam,yg penting aku x nak sia-siakan akal dan aku x nak sia-siakan Al-quran sebagai petunjuk untuk manusia,yg pada masa ini seperti suci dalam debu jer,uhuk uhuk,yang hak tetap hak,yang batil tetap batil,
 
ni ayat puji ke perli?x pe lah aku terima sumer,bukan x de sebelum ni yg cakap aku ni macam-macam,yg penting aku x nak sia-siakan akal dan aku x nak sia-siakan Al-quran sebagai petunjuk untuk manusia,yg pada masa ini seperti suci dalam debu jer,uhuk uhuk,yang hak tetap hak,yang batil tetap batil,

puji la... apa plak nak perli
:)
 
FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 3

Hazrat 'Uqbah bin Amir RA berkata, "Rasulullah SAW datang kepada kami sedang duduk di atas 'suffah' dan bertanya,

"Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau 'Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan (tali) silatur-rahim?"

Kami menjawab, "setiap orang daripada kami akan menyukainya,"

Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan (al-ibil)."

(Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)
 
Last edited:
FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 4

Hazrat 'Aishah R.Anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran,"

(Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, dan Ibnu Majah)
 
Last edited:
FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 5

Hazrat 'Abdullah bin 'Umar R.Anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Sesorang yang ALLAH TAALA telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan ALLAH TAALA) siang dan malam."

(Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi, dan Nasai)
 
Last edited:
jadikan Quran sbg petunjuk dlm kehidupan seharian kita...:)
 
FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 6

Hazrat Abu Musa R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

"Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah 'peria pahit', buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga 'raihanah', berbau harum, tetapi berasa pahit."

(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)
 
Last edited:
FADHILAT AL-QUR'AN

Hadith 7

Hazrat 'Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

"Sesungguhnya ALLAH TAALA memuliakan ramai orang melalui kitab ini (al-Quran) dan menghinakan ramai orang dengannya."

(Hadith riwayat Muslim)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register