combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,402
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,402
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyantuni penerima bantuan pada Majlis Pemberian Bantuan Projek Skim Ceria 2025 hari ini.
Turut hadir Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah (enam, kiri).
Sebanyak 19 penduduk yang terlibat dalam isu perobohan kediaman dan pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang bagi projek Seksyen 3 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) telah memohon kemasukan ke rumah di bawah Skim Smart Sewa yang ditawarkan kerajaan Selangor.
Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Datuk Borhan Aman Shah berkata bagaimanapun proses kelulusan bagi kemasukan tetap bergantung kepada prosedur ditetapkan kerajaan negeri seperti syarat sewaan dan bayaran deposit.
"Ya, semua 19 penduduk sudah mohon skim Smart Sewa tetapi untuk masuk mereka perlu ikut prosedur ditetapkan.
“Walaupun kerajaan negeri bersedia menyediakan unit Smart Sewa sebagai penempatan sementara, penduduk perlu mematuhi syarat asas termasuk bayaran deposit dan kadar sewaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemberian Bantuan Projek Skim Ceria Tahun 2025 oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun penduduk meminta supaya proses kelulusan dipercepat, pihaknya perlu meneliti beberapa perkara kerana terdapat permintaan supaya kerajaan negeri menanggung kos sewaan selama setahun.
Borhan berkata permintaan itu boleh dipertimbangkan jika hanya untuk tempoh enam bulan kerana untuk setahun kerajaan negeri perlu menanggung kos kira-kira RM200,000 bagi semua keluarga terlibat.
Semua unit Smart Sewa ditawarkan, katanya berada dalam lingkungan kurang 10 kilometer dari kampung berkenaan dengan empat lokasi pilihan termasuk unit dengan fasiliti kolam renang yang disewa pada kadar RM900 sebulan.
“Dalam isu ini, kerajaan negeri sudah memberi banyak ruang termasuk beberapa kali menangguhkan arahan pengosongan, namun proses itu berlarutan kerana permintaan penduduk.
“Malah, pengambilan tanah juga dibuat mengikut prosedur dan bayaran pampasan 75 peratus telah dibuat,” katanya dan menambah hanya pemilik sah akan dipertimbangkan bagi kemasukan ke Smart Sewa.
WCE: 19 Penduduk Terlibat Perobohan Mohon Rumah Smart Sewa - Borhan
WCE, rumah, perobohan, Smart Sewa, Borhan Aman Sha