BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waytha sokong BN demi bantu masyarakat India

takde takde, mana ada dia bertaubat
dia tgh cari platform tu
PH dah reject dia
ni dia cari BN sebab rasa BN akan menang
nanti dia akan buat balik perangai asal


problemnya pakZahid ni mudah termakan
Harap CMM dan force guaman gerakkan usaha untuk ambil legal action terhadap Waytha ni atas ucapan dia yg sgt jahat semasa di Holland dulu.
 

Ab Jalil Backer

1h ·

Masihkah kita ingat?



Ab Jalil Backer

14 Ogos 2019



Video Pemimpin Hindraf

Antara Dr Zakir Naik dan Hindraf

Sepanjang Dr Zakir Naik berada di Malaysia belum ada orang bukan Islam di negara ini dibunuh oleh orang Islam atas faktor agama. Belum ada penganut Hindu diserang atau dicerca oleh orang Melayu.

Namun kita percaya ada campur tangan Hindraf dalam kekecohan di kuil Seafield Subang Jaya, Selangor. Akibatnya seorang anggota bomba terbunuh.

Malah seorang EXCO Selangor dari masyarakat India secara terburu-buru menyalahkan orang Melayu sebelum meminta maaf kemudiannya.

Zakir Naik tidak pernah menyeru orang Islam membenci penganut agama lain. Jadi mengapa menteri-menteri dari masyarakat India di negara ini begitu benci kepada Zakir Naik?

Ucapan beliau hanya membuat perbandingan antara agama tanpa menghina kepercayaan masyarakat Hindu atau mana-mana agama pun.
Sangat aneh untuk pemimpin Hindraf, DAP (india) dan PKR (india) mendesak Zakir Naik dihantar balik kepada kerajaan India seperti mana permintaan negara tersebut. Seolah-olah mereka menjadi jurucakap kerajaan India.

Ada seorang menteri menggunakan kepala surat (letterhead) kementeriannya mengulas isu Dr Zakir Naik. Ini merupakan satu penyalahgunaan kedudukan dalam kerajaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Dari isu Zakir Naik ada tanda-tanda para pemimpin masyarakat India dalam Pakatan Harapan walaupun berwaganegara Malaysia, tetapi masih mempunyai kesetiaan dan ketaksuban kepada negara India.

Selama ini kita dapati Hindraf paling terkedepan menghasut penganut hindu membenci kerajaan BN dan pergi ke serata dunia mendakwa mereka ditindas oleh pemimpin Islam di negara ini.

Justeru jika ada yang perlu diusir dari negara ini mereka ialah pemimpin Hindraf yang memfitnah negara ini di luar negara termasuk sehingga ke Eropah.

Malangnya pelampau seperti beliau dilantik menjadi menteri.
 

Khairul Azri

· 12m ·

Macamnilah baru betul.

Aku pressure, hangpa pi tanya pemimpin sana, tekan depa sampai depa jawab.

Bukannya, acah² buat buah reverse pysco suruh undi atoklah Moyden lah, atau buh cop kata aku penjilat PH.

Benda kalau salah, katakan salah, call spade a spade. Takyah pusing kot sana pusing kot sini.

Jadi kalau ikut apa DR ASYRAF WAJDI DUSUKI kata sekarang:
Waytha sekadar sokong, tak masuk BN, kalau nak pun, kena reject.

BN bolayan pun, Waytha je tersorong-sorong, sebab tu Waytha melawat rumah dia sendiri. *Okay ni aku gurau. Jangan marah.

Pertamanya kita tak pernah kata dia masuk BN pun, yang kita highlight bekerjasama, berkawan, bahasa kasarnya bersekongkol.

Macam MN lah, ada ke orang faham PAS masuk UMNO, tak orang faham PAS berkerjasama dengan UMNO. Jelas?

Keduanya, oklah oleh kerana aku respect beliau dan kami pun saling mengenali, malah aku tahu Dr pun follow FB aku ni, aku ajak kita semua untuk take lah 'on face value' apa Dr Asyraf ni kata ni..

Cuma untuk berbuat demikian, kita kena..

Percayalah yang Waytha Moorthy Ponnusamy sokong BN dengan niat yang suci, tak ada sebarang pengharapan atau balasan

Percayalah yang Anwar Ibrahim, Saifuddin dan PH tersalah percaturan sampai sanggup tak terima sokongan.

Faham yang nak buat satu statement rasmi tidak kira Zahid Hamidi atau siapa-siapalah dari BN/UMNO untuk tulis beri respon macam apa yang Dr Asyraf tulis ni adalah benda yang sangat sukar, sekadar reply komen boleh lah.

Gitu..

1faf0.png
1faf0.png


1667032302921.png




8iuTX4LlGZO.png
Pengarang
Khairul Azri
Kang kata apa lagi panjang² ni pulak, Adilah Abd Manan tag aku, kenalah jawab. Kita hargai concern dia. Gitu.

1667032333036.png
 
Direction kena jelas.

BN masih dikuasai Kluster Mahkamah.

Mereka ada rekod intimidasi pegawai penguatkuasa Malaysia.

SPRM depa kacau, polis pun depa kacau.

Pegawai-pegawai tertinggi SPRM depa pernah tukar ke JPM.

AG pun pernah kena tekan letak jawatan atas alasan kesihatan.

Jangan pangkah BN PRU 15 ni.

Selamatkan negara daripada Kluster Mahkamah.
 
Sokongan HINDRAF bukti kekuatan BN diiktiraf 'musuh' - Asyraf Wajdi


Gambar viral menunjukkan pertemuan di antara pengasas HINDRAF yang juga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, P Waytha Moorthy, bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sempena sambutan Deepavali, baru-baru ini.



PUTRAJAYA: Sokongan pengasas Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), P Waytha Moorthy, terhadap Barisan Nasional (BN) mencerminkan keyakinannya terhadap parti itu menjaga kebajikan masyarakat India di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk memberikan sokongan kepada parti itu.

Beliau berkata, sokongan yang tidak dijangka daripada pihak yang dianggapnya sebagai 'musuh' itu, sebenarnya menunjukkan kekuatan sebenar parti berkenaan yang selama ini dituduh akan pupus dan tidak relevan lagi.

Katanya, wujud tuduhan-tuduhan liar kononnya UMNO menggadaikan prinsip parti apabila Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertemu dengan pengasas HIDRAF itu dalam satu majlis Deepavali baru-baru ini.

"Namun, sokongan itu tidak bermakna UMNO akan berkompromi pada apa-apa perkara yang menggugat Perlembagaan atau memberi maksud UMNO akan berkompromi jika ada tindakan mereka yang bercanggah dengan undang-undang sebelum ini.

"Sokongan Waytha Moorthy kepada BN hari ini adalah kerana beliau yakin BN boleh menjaga kebajikan kaum India. Tapi sebenarnya tanpa HINDRAF sekalipun, UMNO dan BN selama ini sentiasa memberikan tumpuan kepada kebajikan kaum itu," katanya dalam satu kenyataan dimuat naik melalui akaun media sosialnya malam tadi.

Asyraf berkata, kerajaan sebelum ini memperuntukkan lebih RM260 juta dalam Bajet 2017 bagi pembangunan sosio ekonomi khusus untuk masyarakat India.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM150 juta disediakan bagi pinjaman perniagaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Bagaimanapun, katanya, ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) melalui Bajet 2039, peruntukan pinjaman TEKUN bagi masyarakat India hanyalah RM20 juta.

"Kaum India mula diberikan perhatian semula pada zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri apabila kerajaan menyediakan RM125 juta dalam pelbagai skim pembangunan usahawan masyarakat India.

"Inilah Barisan Nasional. Kami walau tanpa sokongan mana-mana pihak, tidak pernah berganjak untuk memastikan setiap kaum dapat bersaing dengan adil di negara kita. Dan semua ini dilakukan dalam keadaan BN sentiasa berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan mempertahankannya," katanya.

Justeru, beliau berkata, adalah aneh apabila UMNO dituduh mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya kerana Waytha Moorthy sudah menyokong BN.

Asyraf Wajdi berkata, BN tidak pernah pun menyokong atau mengangkat Waytha Moorthy sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

"Tetapi Perikatan Nasional (PN) mengangkat Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebagai antara calon pilihan raya mereka, sedangkan Saifuddin adalah menteri yang bertanggungjawab dalam usaha meratifikasikan ICERD sebelum ini.

"Adakah hanya kerana sudah menjadi sekutu, maka individu seperti beliau boleh diangkat menjadi pemimpin negara semula? Di manakah logik pemimpin parti-parti sekutu PN ini?" katanya.

Asyraf Wajdi berkata, UMNO pula tetap konsisten dengan pendirian teguh bagi mempertahankan soal kedudukan Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera serta Kesucian Agama Islam seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berikutan itu, beliau berkata, semua pihak tidak seharusnya bermain dengan propaganda murahan seperti itu yang jelas menunjukkan realiti dan sikap pihak lawan yang ketandusan bahan-bahan kempen PRU15 bagi menyemai kebencian yang tidak ada asasnya.
 

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 23j ·

Itu dia. Ketua pemuda UMNO dah bekap Wak Ponogoro
1f606.png

----------------------------
Kuala Lumpur, 30 Okt: Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan kononnya UMNO menggadaikan prinsip parti apabila Presiden DS Ahmad Zahid bertemu dengan pengasas Hindraf, Waythamoorthy sebagai satu tuduhan liar.

Tambahnya lagi, perkara itu adalah “propaganda murahan yang jelas menunjukkan realiti dan sikap pihak lawan yang ketandusan bahan-bahan kempen PRU-15 bagi menyemai kebencian yang tidak ada asasnya”
https://ttkm.com.my/.../umno-tak-boleh-halang-sokongan.../

659E5E7B-A72C-4FF5-9347-8F81E25EA249.jpeg
 

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 23j ·

Itu dia. Ketua pemuda UMNO dah bekap Wak Ponogoro
1f606.png

----------------------------
Kuala Lumpur, 30 Okt: Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan kononnya UMNO menggadaikan prinsip parti apabila Presiden DS Ahmad Zahid bertemu dengan pengasas Hindraf, Waythamoorthy sebagai satu tuduhan liar.

Tambahnya lagi, perkara itu adalah “propaganda murahan yang jelas menunjukkan realiti dan sikap pihak lawan yang ketandusan bahan-bahan kempen PRU-15 bagi menyemai kebencian yang tidak ada asasnya”
https://ttkm.com.my/.../umno-tak-boleh-halang-sokongan.../

659E5E7B-A72C-4FF5-9347-8F81E25EA249.jpeg
Rugi Negara, Agama dan Bangsa jika Asrad Wajdi ni diangkat sebagai pemimpin dalam negara.

Mamat ni opportunis. Takde prinsip.

Geng Tok Mat yang senada dengan Ramasamy LTTE dalam isu Zakir Naik.

Kikikiki
 
Back
Top
Log in Register