BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waytha sokong BN demi bantu masyarakat India

Khairul Azri

· 37m ·

TAHUN 2007
Dia dan abang dia (Uthayakumar) tubuhkan HINDRAF, awalnya depa saman UK 1 juta pound bagi setiap penduduk berbangsa India di Malaysia, total 4 trillion pound.
Alasan, sebab British bawak depa mai Malaysia jadi buruh secara paksa, bila merdeka, British tinggal depa kena hadap kerajaan zalim yang menindas depa.
Takda layanan dari UK, akhir October depa buat demo HINDRAF.
November 5 orang masuk ISA, termasuk abang dia, Manoharan(dah masuk DAP) dan Ganabatirau(dah masuk DAP) dan dua orang lagi.
Kecohlah masa tu, DAP lah yang bukak tabung dan sedia peguam untuk bela depa dan keluarga depa yang hilang punca pendapatan.
Apa jadi pada Waytha?
Lari ke luar negara.
.
TAHUN 2008
Dia buat round keseluruh dunia burukkan pasal Malaysia, jelajah India dan negara eropah. Kononnya atas perjuangan hak minoriti.
Maka Malaysia batalkan passportnya, jadi stateless.
Ironinya Waytha kemudian mendapat suaka politik dari kerajaan UK, pihak pertama yang depa saman mula².
.
TAHUN 2009- 2011
Round round dunia kutuk sana sini, tapi tak femes mana lah, sampailah ke Belanda video yang aku up hangpa viral masuk TV3 dia kata kita paksa Hindu masuk Islam tu.
.
TAHUN 2012
Mungkin dia rasa orang dah lupa kat dia, plus timing baik nak PRU, maka dia declare dia nak balik Malaysia, ramailah angkat dia jadi hero kata jangan balik, nanti kena humban penjara ISA.
Tapi dia balik jugak, dan kelakarnya tak kena tangkap pun. Dia pulak terhegeh² nak berdialog, juga tak ada layanan serius dari kerajaan.
.
TAHUN 2013
Masuk tahun berikutnya mungkin sebab tak ada siapa layan dia, maka dia buat lah mogok lapar, 21 hari mogok, mungkin minumlah, kalau tak mesti dah mati kan?
Najib PM masa tu jatuh kesian, buat MOU antara Hindraf dan Kerajaan (BN).
Hindraf keluar order penyokong depa dari undi BN untuk PRU-13.
BN menang PRU13. Waytha dapat jawatan jadi Timbalan Menteri.
.
TAHUN 2014
Letak jawatan Timbalan menteri, krik krik 3 tahun.
.
TAHUN 2017
Jumpa Mahathir, HINDRAF diterima PH.
Dia bagi order penyokong dia undi PH untuk PRU14.
.
TAHUN 2018
PH menang PRU-14, undi India 88% kepada PH, kononnya sebab order Waytha, maka dilantik jadi Menteri Perpaduan, tubuh MAP.
.
TAHUN 2018-2020
Takpayah ceritalah perangai sial dia, mishandle isu kuil, statement-statement membakar, isu ICERD, yang selalu sebut tu jangan buat buat lupa. Kerajaan PH tumbang, Waytha hilang.
.
TAHUN 2022
Waytha umum MAP + HINDRAF sokong BN, keluar gambar makan makan, peluk-peluk dengan Zahid Hamidi.
Alasan?
Sebab PH tak layan depa..
Anwar tak perlukan parti kaum India dia kata.
Paling kelakar dia kata Saifuddin Nasution bagi bluetick bila dia tanya MAP+PH. Mesej raya balas dia kata. Haha.
So kena lah berpaut dengan BN, dan nampak macam ada sambutan dari Zahid.
Ini dia kata.
.
Jadi kalau telusuri memang nilah politikus katak 'pure breed', yang menumpang berdasarkan agenda dia.
Sapa yang ada peluang dia menempel.

Cuma yang aku kelakar dan jijik, orang BN terutamanya orang UMNO selalu kata Anwar ini itu, chameleons, boleh kawan itu ini..
Haa bayangkan kalau tara Anwar pun tak mahu kat dia ni..hangpa boleh peluk-peluk???
1f923.png


Paling tak boleh blah ada pulak yang nak backup kata, alah ada lah trick itu ini, tak boleh halang orang nak sokong kita..

Hang ingat kalau sokong free, sokong saja, Anwar tak mau ka? dia nak bagi bluetick ka?

Belajarlah dari sejarah, dulu dia dah gigit hangpa sekali, paling teruk dia fitnah jaja Malaysia tahap dewa punya, orang macamni hangpa masih berfikir nak kawan?

Masih berkira-kira, malu nak keluar statement apa pun?

Ambiklah pengajaran hadith,
لاَ يُلْدَغُ المُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ
"Seorang Mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali".
1faf0.png
1faf0.png



1666968680784.png
 

Mohamad Jamalee

· 8m ·

Dah 2 hari Khairul Azri naikkan isu perjumpaan DS Zahid Hamidi dengan P. Waytha Moorthy.

Cantik susunan kronologi yang ditulis KA supaya masyarakat, terutamanya orang berparti, khususnya pemimpin-pemimpin parti, lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin parti politik Melayu faham mengapa perjumpaan ini suatu perkara yang jelek pada orang Melayu, khususnya mereka yang selama 22 bulan pimpinan kerajaan Pakatan Harapan, bersuara mengenai kepincangan dan kejalangan bekas Menteri Perpaduan Pakatan Harapan ni.

Antaranya, diringkaskan:
1. Pusing satu dunia bercerita buruk malah menipu kononnya kerajaan ketika itu Barisan Nasional diterajui UMNO SENDIRI, melalukan penindasan melampau kepada kaum India dan agama Hindu.

2. Kemudiannya ketika menjadi Menteri Perpaduan, menjadi antara pendukung ratifikasi ICERD yang mempunyai implikasi besar kepada perlembagaan negara malah menjadi antara individu yang mengapikan dan kemudiannya gagal meredakan rusuhan sehingga menyebabkan seorang anggota bomba terbunuh.

Boleh baca kronologi yang lebih lengkap di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10229433867299986&id=1499194213
Ketika itu berduyun-duyun pemimpin Melayu UMNO keluar statement, bukan sahaja mengkritik Menteri Perpaduan ini, malah menyeru supaya diambil tindakan tegas dan berat.

Ini pada 2018.

Fast-forward 2022, lebih kurang 3 4 tahun sahaja daripada peristiwa ini, semuanya jadi indah dan berseri ke?
Ada permohonan maaf?
Ada penarikan balik kenyataan-kenyataan yang selayaknya dipanggil penderhaka negara?
Ada kekesalan akibat kegagalan mengurus sehingga menyebabkan kematian seorang anggota bomba?
Nada.
Yillek.
Fast-forward 3 4 tahun, dah berpeluk sakan. Siap ada ura-ura, khabar-khabar, bunyik-bunyik yang akan "bersama" Barisan Nasional.
Wow...
Melayu Mudah Lupa ke?
Now jangan kata itu "Kata dia.."
Orang nak tau apa kata anda..
Dan tak perlulah nak pusing kata penulisan ini keras, seperti berdendam, seperti seorang pure racist dan sebagainya. Dengan saya tak jalan. Dah muak label ni.

Lagipun rakan-rakan berbangsa lain saya, tak kiralah yang berparti macam MCA atau MIC ke, yang tak berparti ke, tahu saya ni macam mana.

Ini sebenarnya soal - "Where do you draw your line?"

Do Malay leaders, regardless whichever party, even have a line that people cannot cross. Agama ke, bangsa ke, negara ke, ada?

Seems to me macam tak ada.

Saya tabik pemimpin Cina dan India, tak kisah parti mana, you all ada line yang you takkan benarkan sesiapa cross. Walaupun kadang line tu tak sangat blur, line tu tak kena pun dengan asas-asas negara, tapi you takkan benarkan orang lain cross ataupun sentuh.

Pemimpin Melayu ni masalahnya tak ada.

Pemimpin Melayu ni dah macam orang bersilat pulut, penuh dengan bunga dan seni persembahan, ber "hiiyahh" - "hiyaahh", tapi buah pukulnya tak ada.

Orang nak kutuk agama dan bangsa kau ke,
Orang nak kutuk bahasa kau ke,
Orang nak kutuk sejarah dan warisan kau ke,
Orang nak kutuk kerajaan kau ke,
Orang nak kutuk sultan dan ketua agama ke,
Semuanya habis dengan "amaran-amaran" kosong belaka. Lepas tu
peluk cium balik.

Oh lupa. Ada satu benda orang Melayu ni berani, ada satu line yang tak boleh orang cross. Bila dia nak balun Melayu jugak walaupun teguran tu ada asas. Cuba juga balun sebab pejuang Melayu kan?

Untuk pemimpin Melayu khususnya UMNO, ni saya recap balik last ceramah yang menyebabkan ramai tawar hati untuk mengundi anda pada PRU lepas.

Tun Mahathir, last ceramah beliau pada PRU lepas adalah merayu orang Melayu beri peluang mereka menerajui kerajaan.

DS Najib last ceramah kata nak iktiraf UEC.

Tak pernah belajar dari kesilapan...

Oh last sebelum saya tekan butang 'post'..

Kepada anda-anda yang rasa seronok sebab posting ni membalun pemimpin dan parti yang bukan kegemaran anda, tengok dalam cermin dulu dengan siapa anda tidur dengan.

Kalau orang yang anda tidur dengan sekarang adalah antara punca utama juga kepada benda ini, toksahlah rasa diri tu ada 'moral high ground'.

Sekian luahan rasa.

50E82B93-BD36-46F3-A654-D7B35C206693.jpeg
 
Kerana secebis undi yg busuk jadi wangi hehehe
 

Khairul Azri

· 1j ·

Selamat pagi.


Celakalah kepada sesiapa pun yang sanggup pergi ke rumah, berjabat tangan, berpeluk mesra dengan sosok tubuh penipu lagi jahat yang bukan sekali tetapi berkali-kali dan konsisten menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang,
- Memaksa orang hindu masuk Islam untuk kerja kerajaan
- Meroboh 10,000 kuil dengan sengaja
- Anak-Anak hindu tidak diberikan peluang masuk universiti kerana hanya anak majoriti diberikan kerusi universiti.
- Memaksa anak-anak hindu masuk Islam jika mahu penajaan pembelajaran

Hanya kerana laparkan kuasa di dunia sanggup tutup mata, sanggup berkawan dengan individu begini.

Jijik.


1666922848079.png




8iuTX4LlGZO.png
Pengarang
Khairul Azri
Sorrylah aku tak suka mulakan hari aku dengan negativity tapi izinkan aku untuk harini je. sebab jilake sangat.


Norman Swedish

32m ·

Khairul Azri

1666922931438.png




1666923004803.png
memang bye2 la umno jika betul..
 
Kalau gini hindraf pon dia jilat, xheran kalau dia gabung dgn pkr kalau xdapat undi majoriti
 
demi sekeping capati di hari deepavali jahid komedi sanggup berpeluk dgn mantan sinister of unity..murahnya harga diri sorg pemimpin ameno..nilailah seniri nilai hargadiri penyokong2 ameno yg bawah2 tu..mungkin cuma sebutir pasir tepi jln
 
Waytha sudah bertobat
Alhamdulillah

takde takde, mana ada dia bertaubat
dia tgh cari platform tu
PH dah reject dia
ni dia cari BN sebab rasa BN akan menang
nanti dia akan buat balik perangai asal


problemnya pakZahid ni mudah termakan
Tiada sapa bole sentuh dragon skrang
Umno syg ketat2 hehe
 
Back
Top
Log in Register