BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waytha sokong BN demi bantu masyarakat India

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Waytha sokong BN demi bantu masyarakat India

Robin AugustinOctober 26, 2022 7:05 PM

P Waytha Moorthy menerima kunjungan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan Deepavali. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas menteri perpaduan negara, P Waytha Moorthy mengumumkan sokongannya untuk Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Waytha yang mengetuai Parti Kemajuan Malaysia (MAP) berkata, beliau mahu menyelesaikan misinya untuk membantu masyarakat India yang miskin dan tertindas.

“Saya menunggu cukup lama untuk respons Pakatan Harapan (PH) terhadap permintaan saya menyertai gabungan mereka,” katanya kepada FMT sambil menambah beliau menunggu maklum balas PH selama dua tahun.

“Tindakan PH berdiam diri bukan pilihan bagi saya. Saya rasa Anwar Ibrahim tidak mahu menjalin sebarang kerjasama dengan saya. Saya hormat keputusannya dan perlu mara demi masyarakat yang saya wakili.”




Waytha yang pernah menjadi anggota Kabinet pimpinan PH berkata, beliau mempunyai “urusan belum selesai” dan mahu memastikan masyarakat India menjadi sebahagian daripada ekonomi arus perdana dan perkhidmatan awam.

“Misi saya ialah menyediakan dan mewujudkan peluang bagi belia, baik dalam kerajaan mahupun sektor swasta.

“Misi saya ialah menangani kemiskinan tegas yang menjejaskan sebahagian besar masyarakat itu.”

Beliau juga mahu memastikan golongan muda India, khususnya yang tercicir dari sekolah, diberikan latihan dan mempunyai alternatif untuk mengembangkan kemahiran mereka serta keupayaan mencari nafkah.

Penggerak utama perhimpunan Hindraf pada 2007 itu berkata, beliau sudah merangka rancangan untuk menyelesaikan masalah masyarakat buat selama-lamanya.

“Penting bagi sesiapa yang menjadi perdana menteri memahami isu unik yang dihadapi masyarakat India.

“Apa yang penting bagi saya ialah menyokong perdana menteri yang akan membantu saya dalam membina komuniti kita dan memenuhi perjalanan serta misi hidup saya.”

Waytha berkata, beliau sudah menemui Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi.

“Beliau menyokong inisiatif dan rancangan saya untuk masyarakat India. Oleh itu, MAP dan saya akan menyokong BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Zahid.”

 

Khairul Azri

· 1j ·

Selamat pagi.


Celakalah kepada sesiapa pun yang sanggup pergi ke rumah, berjabat tangan, berpeluk mesra dengan sosok tubuh penipu lagi jahat yang bukan sekali tetapi berkali-kali dan konsisten menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang,
- Memaksa orang hindu masuk Islam untuk kerja kerajaan
- Meroboh 10,000 kuil dengan sengaja
- Anak-Anak hindu tidak diberikan peluang masuk universiti kerana hanya anak majoriti diberikan kerusi universiti.
- Memaksa anak-anak hindu masuk Islam jika mahu penajaan pembelajaran

Hanya kerana laparkan kuasa di dunia sanggup tutup mata, sanggup berkawan dengan individu begini.

Jijik.


1666922848079.png




8iuTX4LlGZO.png
Pengarang
Khairul Azri
Sorrylah aku tak suka mulakan hari aku dengan negativity tapi izinkan aku untuk harini je. sebab jilake sangat.


Norman Swedish

32m ·

Khairul Azri

1666922931438.png




1666923004803.png
 

Khairul Azri

· 48m ·

Fitnah manusia bernama Waytha Moorthy Ponnusamy ke atas negara tercinta bernama Malaysia.

Download dan sebarkan ke group2 whatsapp kampong dan taman-taman, group surau jangan lupa.

Letak tajuk, caption,
"Kawan baik baru UMNO-BN.'

Kalau orang tanya kenapa kawan baik pulak bro?

Eh kawan baiklah, presiden Zahid Hamidi turun rumah, makan-makan, peluk gelak tawa.

Kan?

1666923381233.png

1666923391673.png

1666923399184.png

1666923407947.png

1666923415605.png

1666923423216.png

1666923430053.png

1666923438381.png

1666923446560.png
 
Back
Top
Log in Register