Peralihan kuasa Malaysia jejas projek infrastrukur China
17 Jun 2018
MALAYSIA sebelum ini menjadi rakan setia dalam pemacuan infrastruktur global China tetapi selepas kerajaan baharu berjanji akan mengkaji semula projek-projek disokong Beijing, ia memberi ancaman kepada projek laluan kereta api utama yang dimegahkan itu.
Regim terdahulu, yang dipimpin Najib Razak, menjalinkan hubungan akrab dengan China dan menandatangani beberapa perjanjian untuk projek yang dibiaya Beijing termasuk laluan kereta api utama dan pelabuhan laut dalam.
Namun, rejim yang paling lama memerintah itu tidak disangka kalah dalam pilihan raya bulan lepas, akibat ditolak oleh pengundi yang marah kepada tuduhan rasuah dan kenaikan kos sara hidup.
Pengkritik berkata banyak perjanjian tidak telus, mencetus rasa curiga bahawa perjanjian ini adalah sebagai balasan untuk membayar hutang akibat skandal kewangan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Najib.
Kerajaan baharu yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad telah berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan China yang dilihat sebagai meragukan.
Cita-cita China untuk menghidupkan semula Laluan Sutera dengan rangkaian global yang terdiri dari pelabuhan, jalan raya dan landasan kereta api - yang digelar "One Belt, One Road"- dilancarkan pada 2013 dan merupakan projek permata pentadbiran Presiden Xi Jinping.
Malaysia dan Kemboja dilihat sebagai kawasan terbaik di Asia Tenggara, sedang projek-projek di negara lain sering menghadapi masalah, dari pemilikan tanah hinggalah rundingan dengan kerajaan.
"Malaysia di bawah Najib segera melulus dan menlaksanakan projek," kata Murray Hiebert dari Centre for Strategic and International Studies memberitahu AFP.