kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Wartawan Sukan Wira Di Sebalik Berita
Setiap kejayaan sukan pasti ada wiranya. Atlet yang menjaringkan gol kemenangan, pemain badminton yang melakukan smash penentu dan pelumba basikal pertama melintasi garisan penamat.
Namun, di sebalik berita yang mencetuskan perasaan bangga rakyat Malaysia, terdapat sekumpulan individu yang namanya jarang sekali disebut - wartawan sukan yang diamanahkan untuk merakamkan detik-detik singkat kemenangan itu menjadi memori kekal pada halaman sukan.
Selama berdekad-dekad, mereka bertugas dari kawasan dikhususkan kepada pengamal media untuk mendokumentasikan suka duka dunia sukan Malaysia sambil berlumba mengejar tarikh akhir yang ketat.
Tidak ramai yang dapat memahami tanggungjawab itu lebih baik daripada bekas Ketua Meja Sukan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tham Choy Lin yang menghabiskan lebih sedekad membuat liputan peristiwa sukan terbesar negara.
Mengimbas kembali, wanita berusia 65 tahun itu berkata ada satu tahun yang kekal terpahat dalam ingatannya berbanding tahun-tahun lain.
“1992 sememangnya tahun yang bersejarah bagi kami semua,” katanya kepada Bernama.
Tham berkata 1992 menamatkan penantian 25 tahun Malaysia untuk merampas semula Piala Thomas di Stadium Negara dan tahun badminton membuat penampilan sulung pentas Olimpik yang seterusnya menyaksikan gandingan adik-beradik Datuk Razif Sidek dan Datuk Seri Jalani membawa pulang pingat Olimpik pertama negara.
Ia juga tahun Malaysia memenangi bidaan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 1998, sekali gus menjadi negara Asia pertama yang diamanahkan untuk menganjurkan temasya sukan yang berlangsung empat tahun sekali itu.