BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Maxis uji rangkaian baharu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Warga Maxis ketika menjalankan Ujian Pandu Rangkaian Baharu Maxis, baru-baru ini.


MAXIS menjalankan Ujian Pandu Rangkaian Baharu (New Network Test Drive) dengan melibatkan lebih 1,000 warga kerjanya untuk menguji rangkaian data yang dimodenkan di seluruh Semenanjung Malaysia dalam usaha memberikan pengalaman data terbaik kepada pelanggan.

Menerusi kenyataan media, Maxis berkata, bagi tujuan itu warga kerja Maxis mengembara ke pusat-pusat pasaran utama di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Menurutnya, objektif uji rangkaian itu untuk membolehkan kakitangan Maxis mengalami sendiri rangkaian baharu dimodenkan itu yang berdasarkan kelajuan muat turun, masa muatan laman web popular dan penstriman YouTube.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Morten Lundal berkata, ia janji Maxis dalam menawarkan teknologi mudah alih terbaik.

"Maxis kini boleh menawarkan rakyat Malaysia teknologi mudah alih terbaik.

"Kami sudah pun mempunyai rangkaian sangat kompetitif untuk majoriti penduduk dan ia semakin bertambah baik. Keputusan ujian sangat penting kerana ia akan dijadikan satu tanda aras untuk diri kami sendiri. Kita berada di landasan betul untuk membelanjakan lebih dari RM1 bilion tahun ini. Rangkaian baru ini akan mencapai lebih daripada 75 peratus penduduk sebelum akhir tahun ini,” jelasnya menerusi kenyataan itu.

Selain inisiatif sendiri, Maxis melibatkan pihak bebas Nielsen, untuk mengendalikan 2,120 ujian di 91 lokasi di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuantan dan Johor Bahru dari tempoh 23 hingga 30 Oktober lalu.

Ujian pada waktu sibuk (6 petang hingga 9 malam) dan di luar waktu sibuk (9 pagi hingga 12 tengah malam atau 2 pagi hingga 5 petang) bagi setiap lokasi pada hari bekerja. Para penguji menjalankan ujian pada waktu tertentu (sibuk dan tidak sibuk) dengan menggunakan alat-alat sama seperti iPhone 5s, Samsung S5 (telefon pintar diupaya LTE) di lokasi-lokasi ditetapkan.
 
moden tak moden...laju tak laju..

saya tetap pileh yang unlimited
 
Terbaik maxis cuma berharap kuota tue kasi adjustlah klu xnk kasi unlimited....pukul 2pg smpi 8pg ko kasi qouta tinggi saper nk pki pg2 buta...tue aniaya nama dia..bayar utk pakej pg buta qouta lebih..ermmmmm
 
istilah rangkaian terbaik tidak layak jika harganya cekik darah
 
ce maxis buat mcm Yes Fiz tu.....kasi murah pada Yes pun ok....

Maxis bleh kasi high speed....cuma bab kuota tu yang paling menyakitkan hati....
 
dalam masa yang sama..
kaji balik bayaran penggunaan tu
kalau boleh..bayaran pun diturunkan sikit..
 
apa jadah test kat pusat beli belah,test kt umah memasing lah nk tau laju ke x
 
Back
Top
Log in Register