BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tahun Baharu Cina: Maxis Hulur Sumbangan Kepada 100 Keluarga Kurang Berkemampuan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
42e4e7ee89554ce7ccf89f8c8cff3e366989da15a4dd4

fb Perak Women For Women Society - PWW

Maxis dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), Perak Women for Women (PWW) menyambut kedatangan “Tahun Kuda” dengan membawa keceriaan dan semangat kebersamaan kepada keluarga kurang berkemampuan di Ipoh menerusi program Maxis Connecting Moments: Chinese New Year Celebration.

Menerusi kenyataan hari ini, Maxis memaklumkan dengan bertemakan “Menghubungkan Hari Ini, Kemakmuran Esok”, sambutan berkenaan diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Buntong Harmoni, Ipoh dengan penerima bantuan terdiri daripada 100 keluarga dalam kalangan komuniti sekitar.

“Sebagai persiapan menyambut Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, setiap keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan barangan asas lain serta limau mandarin.

“Selain itu, komuniti berkenaan turut menerima 300 kad SIM percuma dan tiga komputer riba bagi menyokong akses digital untuk kelas komputer percuma yang diadakan setiap minggu di pusat komuniti PPR itu,” menurut kenyataan itu.

Program berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Bandaraya Ipoh K. Sivam dan P. Lawrence, wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Menurut Maxis, sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai permainan perayaan mesra keluarga termasuk Bingo dengan sokongan sukarelawan syarikat telekomunikasi itu.

“Tarian singa yang ceria serta upacara tradisional menggaul yee sang diikuti dengan jamuan perayaan bersama, menandakan penutup majlis dan melambangkan perpaduan, kemakmuran serta harapan bersama untuk tahun yang akan datang.

“Selaras dengan kepercayaan Maxis bahawa “Esok Bermula Hari Ini”, Maxis kekal komited untuk memperkasakan komuniti yang memerlukan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis Azizul Abdul Rahman menerusi kenyataan sama berkata Tahun Baharu Cina melambangkan permulaan baharu serta pengukuhan hubungan yang bermakna.

 
Back
Top
Log in Register