BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Nexus Bantu Pengguna Uji Kelajuan Internet, Pantau Kualiti Rangkaian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
b4b23093fcbf281314b182aa84de79fc69cb75543429d


Aplikasi MCMC Nexus yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membantu pengguna menguji kelajuan Internet serta menilai prestasi rangkaian di kawasan masing-masing secara masa nyata, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata aplikasi itu membuka ruang kepada masyarakat menyumbang data prestasi rangkaian sebenar di lokasi mereka dan pihak MCMC serta penyedia rangkaian mendapat status prestasi liputan secara automatik.

Teo berkata data yang dikumpul itu akan dimanfaatkan bagi menambah baik kualiti dan liputan rangkaian pada masa akan datang.

“Lebih penting, aplikasi ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyumbang data berkaitan kualiti rangkaian di kawasan masing-masing.

“MCMC Nexus bukan sekadar aplikasi, sebaliknya menjadi pemacu penting masa depan digital Malaysia termasuk menyokong pembangunan bandar pintar dan penyampaian Internet berkualiti tinggi,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi itu di Menara MCMC di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din serta ahli-ahli suruhanjaya itu.

Teo berkata walaupun aplikasi tersebut diperkenalkan secara berperingkat, MCMC Nexus menerima sambutan menggalakkan dengan 51,415 muat turun direkodkan sejak Februari 2025.

Beliau berkata hasil penglibatan aktif pengguna, sebanyak 168 juta titik data kualiti rangkaian berjaya dikumpul di seluruh negara dan maklumat berkenaan membantu mengenal pasti kawasan liputan lemah serta isu kualiti perkhidmatan dengan lebih tepat.

Teo berkata keberkesanan sistem itu turut dibuktikan melalui pengoperasian Pusat Pemantauan Rangkaian MCMC Nexus yang memantau kestabilan rangkaian semasa acara besar sepanjang 2025.

 
Back
Top
Log in Register