kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,704
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,704
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
JAS Pantau Kualiti Udara Susulan Kebakaran Kilang Di Kulim
--kredit Bomba
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memantau kualiti udara di kawasan berhampiran insiden kebakaran membabitkan empat kilang di Lunas dekat sini, pagi tadi.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata bacaan indeks pencemaran udara (IPU) dari Stesen Pengawasan Udara Kulim Hi-Tech berada pada tahap sederhana iaitu 68 dengan parameter dominan PM2.5.
“JAS Kedah akan menjalankan pemantauan terhadap status kualiti udara dari semasa ke semasa.
“Semakan JAS Kedah mendapati semua stesen pengawasan IPU di Kedah, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain turut berada pada tahap sederhana yang berkemungkinan disebabkan punca lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu, dua kilang pakaian, sebuah kilang lilin serta kilang kotak musnah dalam kebakaran di Taman Makmur di Lunas awal pagi tadi.
Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.