BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembakaran Kecil Boleh Jejas Kualiti Udara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Pembakaran Kecil Boleh Jejas Kualiti Udara​

b109d0e5028f1391ed096e920288d32269c4da9f2b017

bec3f902dc55ef07921c303eabd589526a7b05a914d95

3189c3357c7053aa3a6484c093dd09016a9656a082348

67e8dd6fe0396aac7f8b6e5ee503479a6a965cc2e84c4


Aktiviti pembakaran kecil seperti membakar sampah, daun-daun serta ranting kering di halaman rumah yang sering dianggap remeh boleh menyumbang kepada pencemaran udara setempat.

Pensyarah Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Profesor Dr Aweng Eh Rak berkata pembakaran terbuka walaupun secara kecil-kecilan boleh menyebabkan asap tertumpu di sesuatu kawasan, sekali gus meningkatkan kepekatan asap di kawasan itu.

“Pembakaran terbuka tidak mempunyai cerobong untuk menyalurkan asap ke udara, maka asap yang berbahaya akan tertumpu di satu kawasan dan kepekatannya tinggi. Keadaan ini lebih berbahaya berbanding asap yang kita lepaskan ke udara menggunakan cerobong,” katanya kepada Bernama.

Aweng berkata dalam keadaan jerebu seperti yang melanda negara sekarang, pembakaran terbuka boleh meningkatkan lagi kepekatan bahan pencemar di sesuatu kawasan terutama apabila aliran udara tidak baik.

“Kawasan kampung biasanya tidak mempunyai aliran udara yang baik dan aliran udara tertumpu di kawasan itu sahaja. Dalam keadaan jerebu ketika ini, pembakaran terbuka akan meningkatkan lagi kepekatan pencemar di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata antara bahan pencemar utama yang terhasil daripada pembakaran terbuka ialah zarah berdiameter 10 mikrometer atau kurang (PM10) dan zarah berdiameter 2.5 mikrometer atau kurang (PM2.5).

Sisa organik seperti daun dan ranting tidak seharusnya dibakar sebaliknya boleh dijadikan baja kompos, bahan sungkup bagi mengekalkan kelembapan batas tanaman atau dipotong kecil dan dibiarkan reput secara semula jadi.

Sementara itu, Pengarah Institut Perubahan Iklim (IPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Mohd Talib Latif berkata sumber pencemaran tempatan tetap perlu dikawal walaupun sebahagian besar bahan pencemar jerebu ketika ini berpunca daripada sumber rentas sempadan.

 
Back
Top
Log in Register