akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Warga Maghribi cabul juruterapi spa ditahan
A view of the sea
Besut: Seorang pelancong warga Maghribi ditahan selepas disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di Pulau Perhentian, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan dibuat seorang wanita warga tempatan berusia 19 tahun berhubung kejadian itu.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa adalah seorang juruterapi di sebuah spa di Pulau Perhentian.
Katanya, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dia dicabul ketika memberi perkhidmatan urutan ke atas seorang lelaki warga Maghribi berusia lingkungan 20-an.
"Susulan itu, suspek ditahan dan ujian awal air kencing mendapati dia bebas penyalahgunaan dadah.
"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
Disiarkan pada: July 16, 2024 @ 12:32pm