BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Tertusuk Jeriji Pagar

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
KLANG: Seorang lelaki berusia 68 tahun nyaris maut selepas tertusuk jeriji pagar dari bahagian ketiak kanan menembusi bahunya.

Ng Ag Eng sedang berdiri di atas tangga bagi mencantas pokok di perkarangan rumahnya di Jalan Alor Star di sini semasa insiden tersebut berlaku.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, M Sathiaseelan berkata mangsa kemudiannya tergelincir lalu tertusuk jeriji itu.

Seorang jiran mangsa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 4.40 petang dan pasukan tersebut tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.
"Jeriji pagar itu berjaya dipotong dalam masa 20 minit," katanya.

Beliau berkata pasukan bomba tidak menarik keluar jeriji pagar itu dari tangan Ng untuk mengelakkan pendarahan serius.

"Ng dihantar ke hospital menggunakan ambulans bersama-sama jeriji itu," kata Sathiaseelan.

Ng dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mengeluarkan jeriji berkenaan.

jerijipagar.ashx
 
perghhh bebetul nasib baik.. nih
tgk takdak darah sgt.. mungkin
takdak kena salur darah yg besar nih..
 
fuh, tgk pun dah ngeri dah..apatah lagi kalu terkena kat diri sendiri...dalam tu tertusuk..T_T
 
nasib baik uncle masih cool walaupun disnap gambar ketika tertusuk besi tersebut... :)) :)) ..
 
cool je pakcik... ni mesti geng otai klang ni
 
Back
Top
Log in Register