BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Warga emas mesin rumput guna kerusi roda hasil inovasi juruteknik pencen - “Baru tak lenguh badan”

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Ramai rasa lucu tengok warga emas mesin rumput guna kerusi roda... Rupanya inovasi juruteknik pencen - “Baru tak lenguh badan”​

Sabtu, 22 Jun 2024 12:00 PM
Oleh: MSTAR



553.jpg

Hali melakukan modifikasi mesin pemotong rumput yang menjadi tumpuan ramai.



KUALITI kehidupan boleh dipertingkatkan dengan ciptaan teknologi yang memudahkan urusan harian.

Kebiasaannya inovasi ini dirintiskan oleh lapisan saintis atau cendekiawan yang berkaliber dalam industri berkaitan.

Namun di laman TikTok, aksi seorang wanita lanjut usia menggunakan mesin pemotong rumput dan lalang yang dimodifikasi bersama sebuah kerusi roda menarik perhatian ramai.

Inovasi daripada dua alat itu dilihat memudahkan urusan wanita berkenaan untuk memotong rumput di kawasan landai dan rata.

2761438.jpeg


Walaupun reka bentuk ringkas tetapi terbukti keberkesanannya.


Bercerita kepada mStar, suami kepada wanita tersebut iaitu Ramhali Hadi atau senang disapa Hali, 66, berkata alat berkenaan merupakan idea ciptaannya setelah beberapa kali percubaan.

Menurutnya penggunaan kerusi roda bertindak sebagai sistem sokongan pada mesin pemotong rumput sekali gus tubuh tidak perlu menanggung beban yang berlebihan.

"Saya ni usia semakin senja, dulu waktu zaman muda saya boleh potong rumput sampai tiga hingga empat jam tanpa henti. Sekarang ni potong rumput sejam pun dah terasa penatnya.

"Sebab tu saya reka alat ni supaya badan tak terasa lenguh nak memotong rumput, tinggal tolak je, kita tak perlu galas lagi mesin tu dekat bahu. Kerusi roda tu milik arwah mak mentua, dia meninggal dunia beberapa tahun lepas.

"Lepas mak mentua dah tiada, kerusi roda tu terbiar macam tu je sampai reput dan tayar pun botak. Saya pula sejenis yang suka memanfaatkan barang terpakai agar ada gunanya.

"Saya pulihkan kerusi roda itu dan sambungkan dengan mesin pemotong rumput menggunakan dawai serta palang kayu. Waktu mula-mula cuba, memang bersepai alat tu tapi saya ubah suai sampai boleh," kata Hali yang menetap di Muar, Johor.

Antara inovasi menjadi kebanggaan adalah kereta Vitara-3D milik saya yang diubah suai sebagai kenderaan rekreasi (campervan).​


RAMHALI HADI​

PESARA JURUTEKNIK​

Tambah Hali, setelah alat ciptaannya itu diyakini dapat beroperasi dengan baik, dia memberikan penghormatan kepada isterinya untuk merasmikannya buat kali pertama.

"Isteri sebenarnya semangat nak cuba alat tu sebab dia selalu tengok saya usahakan projek ni. Saya pula jadi tukang rakam. Apabila isteri aktifkan, Alhamdulillah alat tu berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan.

"Anak saya lima orang pun perasan video saya for your page (FYP) di TikTok, tapi mereka tak terkejut sangat sebab ini bukan kali pertama ayah mereka buat 'kerja' macam ni.

"Ada lagi beberapa inovasi yang saya dah berjaya direalisasikan sebelum ni," kata Hali yang bersara sebagai juruteknik di Majlis Perbandaran Muar (MPM).

2761441.jpeg


Ruang memasak dan tidur di dalam kereta yang diilhamkan Hali.


Hali yang mempunyai latar belakang dalam bidang teknikal berkata dia menjiwai selok-belok dunia reka bentuk.

"Saya pernah dapat anugerah Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana berjaya perkenalkan pam yang boleh mengeluarkan dan memasukkan semula minyak gearbox ke dalam enjin.

"Selain itu, inovasi yang menjadi kebanggaan adalah kereta Vitara-3D milik saya yang diubah suai sebagai kenderaan rekreasi (campervan), Hampir kesemuanya dalam tu menggunakan barangan terpakai.

"Kereta saya kini boleh muat untuk dua orang dewasa tidur dengan selesa, siap boleh memasak lagi," ujar Hali berpuas hati.

sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/vira...asi-juruteknik-pencen---baru-tak-lenguh-badan
 
Back
Top
Log in Register