BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas maut jatuh sungai

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
ajal.transformed.jpg


Kangar: Mayat seorang lelaki yang juga pengutip barang lusuh ditemui terapung di Sungai Perlis, berdekatan simpang tiga Jalan Jubli Perak, di sini, kira-kira 4.30 petang tadi.

Mayat lelaki yang berbaju kemeja bercorak kotak-kotak dan berseluar panjang itu ditemui orang ramai terapung bersama sebuah beg di dalam Sungai Perlis di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, Asisten Superintendan Sabtu Md Ali ketika ditemui di tempat kejadian, berkata identiti mayat yang dijumpai itu belum dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang ditemui bersamanya.

“Bagaimanapun, hasil maklumat yang diterima daripada orang ramai di sekitar tempat ini, mereka selalu nampak lelaki ini mengutip barangan terbuang di kawasan ini.

“Dia yang dipercayai berketurunan Cina dan berusia lebih 60 tahun mungkin jatuh tergelincir lalu lemas di dalam sungai ini berdasarkan kesan tanah pada selipar yang dipakainya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18215#sthash.l7VQqWc1.dpuf
 
Back
Top
Log in Register