BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga Emas Dikhuatiri Lemas Jatuh Tali Air

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2be47b66a7cf38097478998c276d60c562b7d685eaf3d


Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di kawasan tali air di Kampung Padang Tengah, Tikam Batu, dekat sini hari ini.

Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata pihaknya menerima panggilan 8.55 pagi tadi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Mangsa dikenali sebagai Mohamad Khalid @ Halim Salleh berusia 83 tahun disyaki terjatuh ke dalam tali air berdekatan rumahnya. Ia berdasarkan selimut yang digunakan mangsa yang ditemukan berada di tepi tali air dan jarak antara rumah ke tali air tersebut kira-kira 30 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pegawai Komander Operasi Kanan berkata pencarian dimulakan dengan kaedah mencari di permukaan air selain dibantu dengan penggunaan peralatan grappling iron bagi mengesan mangsa.

"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut dihubungi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat selain bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Katanya anggota PPDA telah membuat selaman di kawasan mangsa dipercayai terjatuh pada 10.44 pagi tadi dan pencarian di sepanjang tebing juga giat dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register