BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas maut digilis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas maut selepas digilis sebuah lori dalam satu kejadian di lampu isyarat Jalan Gelong Bilal, di sini tengah hari kelmarin.

Mangsa, Omar Ibrahim berusia 72 tahun yang tinggal di Kampung Gelong Bilal, Jalan Pasir Panjang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika pemandu lori berusia 25 tahun yang datang dari arah Manir ke Chendering berhenti di laluan kanan berhampiran pembahagi jalan kerana lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, sebaik lampu isyarat bertukar hijau pemandu lori tersebut meneruskan perjalanan namun terasa bahagian kanan kenderaan itu terangkat.

“Pemandu lori turun dari kenderaan untuk memeriksa keadaan namun terkejut apabila mendapati mangsa telah dilanggar dan terseret pada bahagian tayar kanan belakang lori,” katanya kelmarin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang menunggang basikal datang dari arah belakang lalu masuk mencelah ke sebelah kanan lori berkenaan.

“Keadaan ruang yang sempit antara lori dengan pembahagi jalan menyebabkan lori dan basikal mangsa bergesel sebelum warga emas itu terjatuh di bawah tayar lori terbabit," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Back
Top
Log in Register